Cinta Buat Mkb..
Mkb memang tak pandai buat surprise. Tak romantik. Tak suka bagi perhatian kat saya bila saya bercakap. Tak reti mengemas. Tak nak pujuk saya bila saya merajuk dan..
Tak bagi saya tunjuk manja saya pada dia depan orang.
Teruk gak kan? Tapi saya sayang dia.. Sangat sayang!!
Sebab apa?
Mkb tak pandai buat surprise tapi perlakuan dia selalu buat saya surprised. Contohnya semasa Mkb "lamar" saya 5 tahun lepas. Masa tu kami saja dating makan-makan, shopping barang dapur.. Tiba-tiba Mkb ajak saya beli cincin risik dan tunang.
I was speechless and excited. Saya pendiam, tak pandai bergaya, tak cantik mana pun.. Serius ke mamat ni nak jadikan aku wife dia?
Mkb tak romantik. Takde nak bagi bunga, kad, or even being a charming prince for me, nak buat candle light dinner apatah lagi.. No! Tak pernah lagi. Even masa anniversary kami pun dia suka ajak saya buat benda-benda memenatkan. Contohnya pergi ke India masa musim panas. 45 darjah celcius. Icha setahun lebih. Saya masih mabuk hamil.
Tapi kami ke Taj Mahal tau masa hari anniversary tu. Kalah cinta Shah Jahan.
Mkb selalu tak beri perhatian bila saya bercakap. Sampai saya geram dan mengamuk bila dia tanya saya benda yang saya dah pesan banyak kali. Tapi, Mkb selalu buat perkara yang buat saya terharu sebab sebenarnya dialah yang paling ambil berat pasal saya. Contohnya saya kata nak buat vlog selfie gabung dalam video dia edit, Mkb tau apa hadiah paling sesuai nak belikan saya tahun ini. Kamera Lumix untuk projek vLog selfie saya.
Mkb tak suka mengemas. Baju dah pakai bukannya pernah masuk bakul kain tapi terletak kat tepi bakul kain tu. Tapi, takde satu pun keperluan saya dia tak pernah tak sediakan. Jazz kecik sebab anak makin ramai dan stok Shaklee nak beli banyak, dia tambah thule. Anak dah tiga orang lalu Jazz dah tak muat, dia belikan vellfire. Rumah sempit, dia carikan rumah besar. Semua untuk saya dan anak-anak.
Mkb tak pernah pujuk saya bila saya merajuk. Merajuklah sorang-sorang. Tapi bila saya dah cool down, mesti dia offer saya buat benda saya suka. Atau dia buat-buat manja dengan saya sampai saya cancel nak merajuk..
Lastly, Mkb pesan takyah tunjuk manja depan orang. Yang penting rumahtangga kami kekal bahagia, kami yang tahu. So sebab tu depan orang kami selamba bising-bising. Orang pun risau tengok kot. Tapi satu pesan abah Mkb pada saya, tempat isteri di sisi suami. Jangan biarkan dia buat kerja seorang diri. Sebab tu, saya mabuk teruk masa mengandung pun tetap follow Mkb ke majlis keluarga, dengan muka monyok hehehe. Sebab tu, team Supermom kami makan-makan pun follow style kami yang suka kumpul anak-beranak ramai-ramai.
Oh ye! Lastly yang last, Mkb seorang "family man". Sangat family man! Susah macam mana pun dia tetap nak angkut saya dan anak-anak ke mana sahaja. Sumpah saya jarang sangat uruskan stroller kami yang canggih-canggih tu. Saya try tolak pun dia ambik dan tolakkan. Kesian kot tengok wife dia ni kurus sangat.
Pesan Mkb selalu, jangan fikir apa yang kita layak dapat, tapi fikir apa yang kita patut beri.
Untuk suamiku sayang Mkb, sorry sebab "kutuk" abang kat blog ni hihi.. YOU ARE SO SPECIAL FOR ME, EVER!!
"Saya tak hebat tanpa suami saya"
HAPPY BIRTHDAY, ABANG!!
Luv,
Sayang dan anak-anak :))
Jangan lupa minum Vivix, makan Alfalfa untuk jadi isteri yang hebat ye? Boleh order dari saya di 0192939886 atau emel ke hadhatina@yahoo.com.
selamat hari jadi MKB
ReplyDeleteTq Faiz for the surprise!
DeleteSweetnye Nenny..nampaknye kene tiru Nenny SEOkan perasaan di ranking google..happy birthday granny MKB..semoga cinta kalian till jannah aminnn..
ReplyDeleteNenny, bab xberi perhatian mase bercakap tu standard la hehe..saya pun slalu hangin babtu..dan suke tanye hubby dengar tak?dengar tak ape i cakap heheh..
Tips Atasi Kembung Perut
Geram tapi bersabar je la.. hahaha
Deletewahhhhh romantik ganas nye kak hadha ni.kak memang garang dari dulu..tapi hati....mesti MKB senyum2 baca!!
ReplyDeleteheppy birthday~ada cerita ada tapi..ALhamdulillah.Tahniah che we dan kak Hadha.Moga bahagia till jannah!
TQ Mek Tiey! Sure ingat kan time kami mula-mula kenal dulu hahahhaha
DeleteComel je baca.. Saya suka entri ni.. Happy Birthday.. =)
ReplyDeleteVisit My Blog
Tq! Bila kembali berblog la katakan
Delete