Kebaikan Detoks Bersama Produk Shaklee

Permata hatiku


Alhamdulillah, saya baru aje berjaya tidurkan Ilham Bakhtyar. So, saya gunakan masa yang ada ni dengan seoptimum mungkin.

Saya agak stress kebelakangan ni. Apabila saya fikir-fikir, takkanlah sebab saya ada baby sebab ini bukan pertama kali saya ada baby. In fact, saya naik jadi Master Coordinator pun masa Bella baby dan suami masih lagi Account Manager di *M. Kalau nak kata sebab Projek Malindo, pun tak boleh sebab bukan saya handle seorang diri.

Jadi, baru kejap tadi masa saya belek-belek Pinterest, saya dapat jawapan! SAYA PERLUKAN DETOKS. Sememangnya saya dah lama tak buat detoks intensif untuk tubuh saya. Terakhir buat masa sebelum mengandungkan Ilham Bakhtyar. Dah setahun tu.

Idea detoks saya ialah untuk program detoks intensif selama seminggu. Lagipun, Ilham Bakhtyar dah complete tempoh penyusuan ekslusif, inshaALLAH dengan bantuan semi-solid food, efek detoks akan kurang sampai kepada Am.

Perancangan detoks intensif saya ialah dengan suplemen-suplemen berikut :

  • Herb Lax
  • Alfalfa
  • DTX Complex
  • Vivix


Dalam 4 suplemen di atas, saya memang belum cuba DTX Complex. Jadi, mungkin saya akan buat lebih study mengenai DTX Complex dan kesesuaiannya untuk ibu menyusu.

Manfaat detoks yang saya harapkan :

  1. Membuang segala kekotoran dan toksin dalam badan
  2. Menambahkan tenaga
  3. Membantu otak berfungsi lebih baik, minda jadi lebih fokus
  4. Menguatkan imun tubuh
  5. Tubuh rasa lebih ringan, lebih sihat
  6. Mengeluarkan lemak-lemak tidak perlu yang mungkin tersembunyi


Semua manfaat di atas, inshaALLAH, akan membantu saya lebih gembira dan membantu saya atasi masalah stress yang saya alami sekarang.

Jadi, bila nak mula? Saya fikir akan mula sebaik pulang daripada Indonesia nanti. Tunggu ya saya update program detoks ni dengan lebih detail.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!