7 Sebab Kenapa Anda Perlukan Suplemen Omega-3

Suplemen minyak ikan termasuk dalam salah satu nutrisi yang penting untuk semua golongan. Sebelum saya berkongsi tips bagaimana nak pilih suplemen minyak ikan terbaik dan berkualiti, jom kenalpasti dahulu sebab kenapa badan kita perlukan khasiatnya.

Credit Google Image

Sedikit info asas mengenai asid lemak Omega-3



  • Asid lemak Omega-3 merupakan lemak paling sihat yang membantu sel, tisu dan organ badan kita berfungsi dengan baik.
  • Asid lemak Omega-3 ini tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh kita; tetapi ia perlu didapati melalui diet yang sihat dan seimbang ataupun makanan tambahan.
  • Terdiri daripada DHA (docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid), yang mana keduanya mempunyai peranan yang amat penting terhadap kesihatan kita



Kenapa Kita Perlukan Asid Lemak Omega-3 Ini?


Menyokong Kesihatan Jantung


Jantung antara organ yang VITAL dalam tubuh kita, kerana masalah jantung boleh membawa maut walaupun usia kita masih lagi muda. Sebab tu, kesihatan jantung amat-amat perlu diambil berat. 

Jadi, apa Omega-3 boleh bantu?


  • Mengurangkan keradangan (salur darah dll); di mana keradangan (inflammation) ini boleh mengakibatkan kerosakan pada salur darah dan membawa kepada penyakit jantung dan strok.
  • Membantu merendahkan paras triglycerides, mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL Membantu menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mengekalkan peredaran darah yang dan kadar degupan jantung yang sihat


Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat



Biasa kan dengar orang kata, kalau nak anak pandai, bagilah dia makan fish oil. Memang ada kebenarannya kerana Omega-3 ini terdapat di dalam fish oil. Jadi, bagaimana pula Omega-3 membantu fungsi otak manusia ye?


  • Memperbaiki fungsi kognitif (berkaitan mental) dan juga mood! 
  • Meningkatkan daya ingatan, membantu dalam pembelajaran dan memanjangkan daya fokus
  • Membantu memperbaiki mood, mengurangkan stress!
  • Membantu mengurangkan disease berkaitan otak seperti alzheimer


Menyokong Sendi Yang Sihat


Omega-3 merupakan antara suplemen yang sangat disyorkan bagi mereka yang mengalami masalah berkaitan sendi.


  • Bertindak sebagai pelincir semulajadi yang membantu pergerakan lebih selesa
  • Mengurangkan rasa kejang di sendi yang bermasalah; sekaligus membantu pergerakan yang lebih fleksibel.
  • Mengurangkan radang yang menyakitkan


Tumbesaran Bayi Yang Sihat - Bagi Ibu Hamil & Menyusu

Ibu hamil dan menyusu memang amat digalakkan untuk mendapat bekalan Omega-3 yang cukup. Ianya penting kerana:-


  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang
  • Membantu perkembangan otak dan mata bayi yang sihat 
  • Kajian terkini mengatakan pengambilan Omega-3 secara teratur semasa bulan-bulan terakhir kehamilan meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi
  • Mengurangkan risiko bayi mendapat alergi/ekzema selepas kelahiran
  • Membantu menguatkan imunisasi bayi
  • Untuk ibu hamil, Omega-3 membantu mengurangkan risiko pre-eclampsia (tekanan darah tinggi semasa hamil)


Kulit Yang Cantik, Dan Sihat!

Jangan lupa masukkan Omega-3 sebagai rejim kecantikan anda selepas ni sebabnya ia... 

  • Membantu kulit lebih lembap, tidaklah kering dan flaky
  • Mengurangkan radang yang boleh menyebabkan masalah jerawat 


Memperbaiki Fungsi Imun Tubuh


Meningkatkan jumlah sel B yang membantu pertahanan tubuh terhadap penyakit secara total

Sperma Yang Lebih Sihat Dan Berkualiti

Credit Google Image

Omega-3 berperanan penting dalam tubuh sebagai salah satu komponen fosfolipid yang menghasilkan struktur membran sel; termasuklah sel sperma. 

Di Shaklee, Omega Guard Shaklee adalah suplemen yang mempunyai kandungan asid lemak Omega-3 ini; dengan kadar EPA dan DHA yang tinggi. Ianya juga dijamin semulajadi, selamat dan terbukti berkesan. 

Untuk Januari ini, anda boleh dapatkan 3 botol Omega Guard ni dengan diskaun 5%; pada harga RM411 sahaja. 


Namun, anda juga berhak dapat extra diskaun sekiranya mendaftar keahlian Shaklee secara sah. Bolehlah hubungi saya untuk pesanan produk ini ataupun pendaftaran ahli sebanyak RM80. 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!