Vitamin Ibu Mengandung Terbaik

Dalam entry ini saya ada share tentang kesan makan Ostematrix semasa mengandung. So, kali ini saya nak share apa lagi vitamin-vitamin lain yang saya amalkan semasa mengandung.

Sedikit background untuk yang baru pertama kali sampai ke blog ini, saya dah dua kali mengamalkan vitamin Shaklee sepenuhnya ketika mengandung. Alhamdulillah, memang saya puas hati dengan segala manfaat yang saya perolehi.

Vitalea


Ini ialah multivitamin Shaklee, dicipta pada tahun 1915 oleh pengasas Shaklee Corp sendiri iaitu Dr Forest C. Shaklee. "Shaklee Vitalized Minerals". Multivitamin ini bukan sahaja semulajadi malahan lengkap dengan asid folik (200 mcg), zat besi dan lain-lain minerals yang penting dan wajib ada dalam sebiji multivitamin.

Saya makan 1-2 biji Vitalea ini setiap hari sepanjang hamil.

B Complex


B Complex Shaklee seharusnya diambil seawal 3 bulan sebelum mengandung sebagai memenuhi keperluan asid folik dalam tubuh wanita. Kandungan asid folik dalam B Complex Shaklee ini ialah 200 mcg, menjadikan gabungan Vitalea dan B Complex sudah mencukupi untuk seorang ibu hamil tadi. Satu lagi keistimewaan B Complex Shaklee ialah ia mengandungi Biotin, antara sumber vitamin B yang mahal.

Saya makan 2-3 biji B Complex setiap hari sepanjang hamil.

Vitamin C


Terdapat 2 jenis vitamin C Shaklee, iaitu Sustain Released dan Chewable. Pengalaman saya, awal-awal mengandung saya amalkan yang chewable kerana sifatnya yang chewable tu bantu saya hilangkan loya dan mual pada trimester pertama kehamilan. Dosnya bukan sebiji sehari sebab sebiji chewable C ini hanyalah 100 mg sahaja.

Apabila masuk trimester kedua, saya dah hilang mabuk-mabuk hamil, saya mulakan makan Sustain Released Vitamin C. Sebiji vitamin ini mengandungi 500 mg khasiat vitamin C. Perlindungan saraf dan imun ibu hamil dan bayi yang dikandung, inshaALLAH.

Ostematrix


Tak larat minum susu? Sayalah tu sebab saya minum susu mesti sakit perut. Tapi teh tarik okey pulak hehehe.. Jadi, saya pastikan saya tak missed makan Ostematrix 4 biji setiap hari. Ibu mengandung jangan tinggalkan kalsium ya kerana ia adalah bantuan semasa proses bersalin nanti.

Satu lagi, oleh kerana saya diberi rezeki boleh menyusukan anak tanpa komplikasi sepanjang mengandung, maka Ostematrix ini sangat membantu saya untuk maintain susu badan.. tak banyak tapi ada dan cukup.

ESP


Oleh kerana kadar keaktifan saya memang melonjak setiap kali mengandung, maka saya perlu pastikan rahim saya kuat. ESP sebenarnya membantu untuk bayi dalam rahim saya membesar dengan sihat, rahim saya kuat dan saya sendiri ada energy-booster yang semulajadi dan selamat.

Saya maintain minum 3-4 sudu besar ESP setiap hari sepanjang hamil.

So, itu dia vitamin-vitamin Shaklee yang saya amalkan sepanjang mengandung sampailah sekarang. Keistimewaan vitamin ialah anda boleh amalkan sepanjang masa, tak kira musim.

Bagi yang suka layan video, boleh dengar penjelasan saya tentang vitamin ibu mengandung di sini.

Oh ye! Pillbox Shaklee tu dah tak applicable. Ni video tahun 2011 dulu ;-)

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!