Sebab Bayi Muntah Selepas Makan

Bayi anda mengeluar atau memuntahkan semula makanan yang dimakannya, anda jangan bimbang. Sebagai ibubapa anda harus tahu apa puncanya. Masalahnya mungkin berkaitan dengan mulut kerana anak mungkin mempunyai masalah untuk menelan sehingga tidak menyukai makanan tersebut. Jika ini puncanya, anda tidak perlu bimbang. Masalah sedemikian tidak berlarutan. Biasanya berlaku di peringkat awal bayi mengenal makanan semi pepejal dan pepejal yang anda berikan kepadanya. Jika bayi memuntahkan semula makanan setelah beberapa ketika makan, misalnya setengah jam, ia mungkin disebabkan masalah penghadaman makanan yang anda berikan kepadanya.



Berikut beberapa sebab bayi memuntahkan semula makanannya :

  • Tidak Boleh Menelan Dengan BaikBiasanya di peringkat awal bayi mengenal makanan separuh pepejal dan pepejal, bayi mungkin tidak mampu untuk menelan dengan baik. Oleh itu jika anda ingin memperkenalkannya dengan makanan, letakkan di hujung lidahnya, bayi akan menjulurkan lidah untuk menelannya. Namum tidak bermakna makanan itu sudah ditelan sepenuhnya, mungkin ia akan dikeluarkan semula
  • Diberi Makan Secara PaksaAda ketikanya, bayi kecewa kerana tidak boleh menelan hingga menangis. Jika anda terus memberinya secara paksaan, mungkin dia akan memuntahkan semula makanannya. Keupayaan bayi untuk menelan makanan akan berlaku secara semulajadi, bergantung kepada keupayaan bayi, biasanya bermula seawal usia enam bulan
  • Bayi Belum Mampu Menelan Dengan Baik - Bila bayi belum mampu menelan dengan baik makanan separuh pepejal dan pepejalnya, ia boleh diatasi dengan cara mencairkan sedikit makanannya itu sehingga mudah menelannya. Contohnya jika bubur nasi agak pekat, ia boleh dicairkan dengan mengisarkan bubur tersebut dan menambah sedikit sup. Sebaiknya lakukan secara berperingkat-peringkat, misalnya pada permulaan, anda memberikannya dengan bubur nasi yang dikisar selama 2 minit untuk selama 2 minggu, selepas itu dikisar satu minit, makin lama makin kurang masa anda mengisar makanannya dan akhir sekali dia mula serasi dengan bubur nasi yang hanya disediakan secara merebusnya sahaja, tidak perlu dikisar lagi
  • Tak Kenal Dengan Makanannya - Jika bayi tidak kenal atau tidak suka makanannya, sudah tentu dia akan menolak dengan cara memuntahkannya semula kerana sebelum ini makanan yang diterimanya dalam bentuk cairan. Tiba-tiba diberikan makanan lain seperti bubur nasi, sudah tentu ditolak. Jika ini reaksinya, cairkan sedikit makanannya itu. Jangan memaksa bayi makan makanannya kerana ia boleh menyebabkan dia trauma sehingga setiap kali melihat mangkuk makanan dia akan menangis dan takut disuapkan makanan. Anda harus melatih bayi menerima makanan pepejal, sehingga dia mengenal makanan pepejal. Bila usia menjangkau setahun ke atas, bayi tidak bergantung sepenuhnya kepada susu sebagai sumber makanannya, ia tidak mencukupi. Anda jangan jemu memperkenalkan makanan pepejal, sekali menolak, esok lusa cuba lagi. Jika mencapai usia setahun, ajak anak duduk bersama ketika anda dan ahli keluarga lain sedang makan di meja makan. Jangan diberikannya makanan, kecuali dia meminta. Asalkan tidak pedas, berikan saja, jangan melarang
  • Rasa Yang Berbeza - Ada bayi menolak bubur nasi kerana rasa yang pelbagai. Jangan lupa, sepanjang 6 bulan pertama, bayi hanya kenal rasa manis. Bila diberi bubur nasi rasanya tawar tidak sama dengan rasa susu, dengan sendirinya bayi menolak. Usahakan supaya bayi mengenal rasa, variasikan rasa makanan, misalnya tambahkan glukos dalam bubur nasinya, atau kicap manis. Kemudian perlahan-lahan tukar kepada pelbagai variasi rasa lainnya
  • Terlalu Kenyang - Muntah juga mungkin disebabkan bayi terlalu kenyang dengan makanan atau minuman


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!