Kepentingan Zat Protein Untuk Anak-anak

Ibu bapa mesti pernah mendengar fakta bahawa protein merupakan salah satu nutrient yang penting dan mempunyai peranan yang besar dalam kesihatan anak-anak. Tetapi, adakah ibu bapa tahu bagaimana protein membantu dalam tumbesaran anak-anak?





Mengapa Protein Penting ?

Protein membantu dalam pembesaran tubuh bayi, dan membaiki dan menyembuhkan tisu yang rosak dalam badan. Protein memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit. Selain itu, protein juga membantu dalam:
  • Menggantikan sel badan yang rosak dan mati.
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair dalam badan
  • Mempertahankan badan daripada penyakit dengan menguatkan system immunisasi dalam badan

Pada usia kanak-kanak, makanan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak adalah makanan yang banyak mengandungi protein di dalamnya. 

Protein biasanya terkandung dalam telur dan daging. Pastinya anda juga sering memberikan anak anda makanan yang seperti itu kan !

Seperti yang dinyatakan oleh mydailymoment.com, protein merupakan bahagian penting dari diet setiap anak, namun, beberapa orang tua percaya bahwa anak-anak mereka mungkin tidak menerima secara mencukupi. 

Yang peliknyanya, anak anda ternyata mendapatkan protein lebih dari cukup.

Ayam adalah sumber protein

Berapa banyak protein yang perlu diambil?


Menurut Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), nilai protein yang perlu diambil oleh kanak-kanak yang berumur satu hingga enam tahun ialah 17-23 gram sehari. 

Untuk yang berusia tujuh hingga 12 tahun pula memerlukan protein 32-46 gram secara anggaranya.
Berikut adalah contoh bagaimana pemberian protein untuk anak anda:
  • Sarapan: sebiji telur hancur
  • Makan tengah hari: ½ ekor tenggiri
  • Minum petang: secawan susu
  • Makan malam: 1 peha ayam
Jadi kepada para ibu, anda dapat menyemak sendiri mengapa protein penting bagi anak anda. Ini membantu tubuh anak anda untuk berfungsi dengan baik dan yang terbaik. 

Mengambil protein membantu bahagian tubuh anda, seperti memproduksi hemoglobin (yang membawa oksigen ke seluruh tubuh) atau membina otot jantung.

Semua ini adalah alasan untuk memastikan bahwa anak anda mendapatkan cukup protein dalam makanan mereka.

Di Shaklee, kami mengesyorkan pengambil suplemen Meal Shakes untuk membekalkan protein yang sihat, tidak menggemukkan, dijamin mengenyangkan serta lengkap zat vitamin, mineral dan serat.





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!