Khasiat Buah Kiwi Pada Ibu Hamil Yang Anda Tidak Tahu

Ramai orang tertarik pada buah Kiwi yang berwarna hijau dengan rasa eksotik. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak manfaat serta kelebihan untuk kesihatan. Buah kiwi (Actinidia deliciosa) adalah buah yang dihasilkan dari tanaman kiwi, tanaman yang berasal dari China. Buah ini bertekstur sangat halus, rasanya unik, dengan daging buahnya berwarna hijau terang. Buah yang juga dinama Gosberi China ini saat ini telah ditanam di seluruh penjuru dunia, hanya saja di Indonesia tanaman buah ini tidak dapat tumbuh dengan optimum. Ya, selama ini Indonesia selalu mengimport buah kiwi dari beberapa negara penghasilnya untuk memenuhi permintaan dalam negeri yang cukup besar.




1. Meningkatkan Kesuburan 


Bagi anda yang belum juga dikurniakan zuriat meskipun telah lama berkahwin, mengambil buah kiwi mungkin boleh menjadi salah satu penyelesaian untuk meningkatkan kesuburan anda. Ya, buah kiwi mengandungi banyak asid folik, zat yang sangat berperanan terhadap peningkatan kesuburan baik pada lelaki mahupun wanita

2. Mengoptimumkan Perkembangan Otak Janin 

Makan buah kiwi juga baik untuk janin anda. Asid folik dalam buah ini merupakan salah satu nutrisi penting untuk perkembangan otak janin. Kecacatan tiub saraf (spina bifida) juga boleh dicegah dengan buah ini. Perlu diingat, memakan buah kiwi sepanjang kehamilan boleh pula menjadi salah satu cara jika anda mahu bayi anda mempunya minda yang bagus

3. Mengatasi Loya dan Masalah Pencernaan 

Sama seperti pisang, buah kiwi mengandungi vitamin B, vitamin yang boleh mengurangkan rasa loya yang sering terjadi di masa-masa awal kehamilan. Vitamin ini juga sangat membantu penyerapan makanan oeh sistem pencernaan anda. Bagi anda yang mengalami sembelit, memakan buah kiwi juga sangat baik untuk mengatasi masalah pencernaan yang anda tengah hadapi ini


4. Mengatasi Hipertensi Gestasional

Berdasarkan hasil penelitian Oslo University Hospital yang telah disiarkan dalam pertemuan American Heart Association, diketahui bahawa buah kiwi ternyata juga sangat berkesan untuk mencegah dan menurunkan tekanan darah tinggi semasa mengandung. Seperti diketahui bahawa, kehamilan dengan hipertensi merupakan salah satu kehamilan berisiko yang perlu mendapat penanganan serius. Jika tidak segera diatasi, keadaan ini akan menimbulkan masalah yang kompleks pada pertumbuhan janin. Oleh kerana itu, mengambil buah kiwi adalah jalan terbaik untuk mengelakkan hal tersebut

5. Menjaga Kesihatan Mulut dan Kulit

 Buah kiwi mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. zat antioksidan sendiri berperanan sangat besar dalam menjaga kesihatan rongga mulut dan kesihatan kulit anda. Seperti diketahui, kerana hormon kehamilan biasanya seorang ibu hamil akan sering mengalami masalah kulit seperti jerawat, komedo, melasma, bintik hitam, serta masalah kesihatan ronggga mulut seperti panas dalam, sariawan, bibir pecah-pecah. Semua masalah ini dapat diatasi hanya dengan memakan buah satu ini. Tidak percaya? Sila cuba!


Jadi, bagi anda wanita muda, mengambil buah Kiwi menjana gaya hidup anda. Manfaat buah kiwi yang utama adalah untuk pencegahan keguguran pada ibu hamil dan kelainan saraf otak janin. Pengambilan vitamin, mineral, dan cecair yang bermanfaat ada pada buah Kiwi ini. Maka jangan pernah risau dengan harga, tapi lihatlah manfaatnya.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!