Kesan Kekurangan Vitamin B Yang Orang Tidak Tahu

Adakah anda sering keletihan? Tidak dapat tidur dengan nyenyak? Sering mengalami stress? Mungkin anda mengalami kekurangn vitamin B. Sebelum itu, mari kita lihat apa sebenarnya Vitamin B ini.

Apa itu Vitamin B ?

Vitamin B Kompleks adalah satu kelompok vitamin B, yang semuanya memiliki keistimewaan manfaat masing-masin. Vitamin B kompleks ini terdiri dari : Vitamin B1(thiamine), Vitamin B2(riboflavin), Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5(pantothenic acid/asam pantotenat) , Vitamin B6(pyridoxamine) , Vitamin B9(folic acid/asam folat) , vitamin B12(cyanocob), vitamin B7(biotin) biotin, Kolin dan inositol. Vitamin B Kompleks semuanya diperlukan untuk fungsi hampir semua proses dalam tubuh. Vitamin B bekerja saling bersinergi, antara jenis yang satu dan jenis yang lain. Jadi kekurangan dari salah satu dari vitamin B kompleks dapat menyebabkan ketidakseimbangan, jadi pastikan diet anda sudah mendapatkan semuanya dengan cukup.




Kesan Kekurangan Vitamin B

1) Keletihan

Asid folik  berfungsi untuk membantu mengawal perasaan dan nafsu makan dan memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak. Kekurangan folic dalam darah boleh diketahui dengan membuat ujian darah. Jika anda berasa penat, berat badan menurun dan anemia kemungkinan anda kekurangan folic dalam darah


2) Lemah Ingatan

Vitamin B12 sangat penting untuk sistem saraf dan juga otak manusia. Penelitian di Oxford University menunjukkkan bahawa seseorang yang mempunyai kadar vitamin B12 yang lebih rendah berisiko 6 kali lebih tinggi mengalami penyusutan otak. Kekurangan Vitamin B12 menyebabkan kurang ingatan atau pelupa, murung, stress, hilang nafsu makan, hilang keseimbangan dan anemia


3) Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat

Seperti Thamin, Niasin diperlukan untuk mengubah karbohidrat dari makanan menjadi tenaga. Fungsi Niasi ialah meningkatkan nafsu makan, juga untuk kesihatan kulit dan membaiki sistem penghadaman tubuh. Bagi wanita mengandung dan menyusukan memerlukan Niasin lebih dari biasa anggaran 17-18mg sehari. Kekurangan Niasin dalam tubuh badan boleh menyebabkan kulit kering dan mudah terluka, cirit birit dan juga cepat marah atau stress


4) Masalah Kulit

Vitamin Biotin juga sering dikenali sebagai vitamin H. Ia berperanan sebagai pemecah lemak, protien dan juga karbohidrat yang menjadi bahan bakar digunakan oleh tubuh. 25mcg sehari diperlukan oleh wanita dan 30mcg diperlukan oleh lelaki, manakala bagi wanita hamil dan menyusukan pula memerlukn lebih kurang 30-35mcg sehari Biotin. Kekurangan Biotin menyebabkan rambut gugur, masalah mata merah, pucat, lesu dan kulit bersisik

5) Insomnia - gangguan tidur atau ketidakupayaan untuk tidur

Vitamin B5 atau Pantothenic Acid dalam B complex berfungsi sebagai pemecah lemak, protien dan karbohidrat lalu menukarnya menjadi tenaga.Vitamin B5 ini digunakan untuk membuat Vitamin D dan beberapa jenis hormon untuk membentuk sel darah merah.Kekurangan Pantothrnic Acid boleh menyebabkan kelesuan, masalah tido, mual dan loya, muntah dan kebas pada anggota badan. Bagus untuk mereka yang sering mengalami tekanan darah rendah dan juga wanita hamil


Jika anda nak tahu, sebenarnya banyak lagi penyakit akibat kekurangan Vitamin B ini. Tetapi Ain hanya senaraikan 5 kesan yang utama. Next entri, Ain nak kongsikan dengan anda tentang keistimewaan Vitamin B Complex dari Shaklee ini.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!