Cara Mengesan Peranakan Jatuh/Turun Dengan Kaedah Mudah

Takutnya bila mendengar masalah dengan peranakan jatuh atau rahim turun. Dalam entri kali ini Ain ingin berkongsi dengan semua tentang satu situasi yang kerap berlaku oleh ibu-ibu selepas bersalin. Masalah peranakan jatuh ini amat bahaya sekiranya tidak dirawat dengan cepat.

Cara hendak mengetahuinya :

  • Jumpa doktor, biasanya doktor akan menggunakan alatan tertentu untuk buka bahagian bukaan vagina dan akan cek keadaan pangkal rahim berada di tahap mana.
  • Jumpa tukang urut/ bidan, kebiasaanya tukang urut/ bidan bila tekan mereka akan tahu keadaan peranakan/rahim kita berada di tempat yang betul atau tidak. 
  • Kemudian mereka akan sengkak (angkat) naik untuk letak di tempat yang betul. 



Anda juga boleh mengesan sendiri dengan cara berikut :

Cara pertama :
  1. Dalam keadaan posisi berbaring, letakkan ibu jari pada bahagian dalam pusat, jika terasa ada nadi berdenyut-denyut, itu tandanya peranakan/rahim berada di tempat yang betul. 
  2. Tetapi jika terasa denyutan nadi berada di bawah pusat ataupun tundun vagina, itu tandanya peranakan/rahim telah terturun ke bawah.
Cara kedua :
  1. Duduk dalam keadaan mencangkung, masukkan jari ke dalam faraj dan cuba sentuh objek berbentuk bulat.
  2. Ia lembut dan seperti guli. 
  3. Kalau jari dapat mencapainya dengan mudah bermakna peranakan/rahim telah terturun. 
Untuk mendapatkan kepastian
  • Ambil cermin dan lihat pada lubang vagina, ada atau tidak, secebis daging terkeluar. Jika ada, itu tanda peranakan/ rahim sudah berada terlalu ke bawah dari tempat asalnya


Faktor-faktor peranakan jatuh


  • Menopaus
  • Kerap mengandung
  • Melahirkan bayi yang besar serta mengalami trauma sewaktu bersalin seperti penggunaan forcep atau vakum
  • Meneran ketika bersalin atau melakukan kerja dengan memberi tekanan kepada abdomen
  • Peningkatan berat badan
  • Sembelit
  • Batuk atau bersin yang tidak berhenti selama dua bulan
  • Merokok 

Jika sudah pernah melahirkan, suka angkat benda berat dan mempunyai berat badan melampau, sakit bahagian ari-ari serta sukar kawal kencing, berkemungkinan peranakan dah terturun.





Merawat peranakan jatuh dengan senaman otot

Melakukan senaman yang boleh menguatkan otot-otot faraj. Senaman pada faraj yang mudah dilakukan dimana-mana pada pada bila-bila masa dan tidak memerlukan peralatan serta belanja. Beberapa teknik boleh dijadikan panduan untuk melakukan senaman kemutan yang mampu menguatkan kembali dinding rahim.

Berikut ada gambarajah senaman kemutan yang dapat membantu :






* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!