Cegah Rabun Sebelum Terlambat Secara Percuma


Saya perasan saya mula mengalami rabun sejak saya berumur 16 tahun lagi. Sehingga kini saya memakai cermin mata. Kadang-kadang rasa sedih pula sebab terpaksa bergantung pada cermin mata untuk melihat (dulu kecik-kecik teringin sangat nak pakai cermin mata) hihi. 

Sekarang saya selalu cuba mencari penawar untuk cuba mengubati rabun saya ini. Ada beberapa jenis rabun :
  1. Rabun Jauh (Miopia)
  2. Rabun Dekat (Hiperopia)
  3. Astigmatism
  4. Rabun Tua (Presbiopia)
Sebenarnya, rabun ini boleh dirawat tanpa memerlukan sebarang kos. Tapi sebelum itu fahami dulu bagaimana rabun boleh terjadi.

Rabun Terjadi: apabila anda membuat tekanan pada mata. Secara semulajadinya, bentuk mata kita sesuai untuk melihat objek yang jauh, bukan objek yang dekat. 

So apabila kita melihat objek yang dekat, secara tidak langsung otot-otot mata akan menekan ia dan akan mengubah bentuk mata kita untuk melihat objek yang lebih dekat. 

Konsep mudah untuk difahami, katakan mata anda seperti sebuah bola ragbi yang lonjong dan hanya sesuai untuk melihat objek yang jauh. Tetapi digunakan untuk melihat bola sebuah objek yang dekat (kurang dari 7 meter) , maka otot mata kita akan mengalami tekanan. 

Ditambah jika anda melihat objek yang dekat dengan jangka masa yang lama. Maka, situasi itu akan merubah bentuk mata anda. Dan jika ia berlarutan terlalu lama, ia menyebabkan bentuk mata anda tidak dapat kembali kepada bentuk asal yang semula iaitu bola ragbi. 

Inilah punca rabun yang biasa terjadi dikalangan kita, kerana melihat sesuatu objek dengan dekat pada jangka masa yang terlalu lama (melebihi 20 minit).

Pencegahan Awal : mencegah rabun mata ini dapat diatasi jika anda menyedari anda rabun seawal yang mungkin. Maknanya ketika mata anda berada pada power 100 ke 150. 

Pada saat ini, anda masih mampu melatih mata anda untuk mengubah mata anda supaya kembali mampu melihat bola ragbi pada jarak yang jauh. 

Caranya adalah dengan : Setiap 20 atau 30 minit setelah anda melihat objek yang dekat, anda perlu melihat objek jauh (lebih 7 meter) dalam beberapa saat. Semasa melihat objek yang jauh tersebut, pastikan anda betul-betul fokus nampak apa yang anda dapat lihat. 

Ini bertujuan untuk mengembalikan bentuk mata anda kepada bentuk asal dan juga untuk merehatkan mata anda. So, lihatlah sesuatu yang lebih dari 7 meter pada waktu rehat mata , pada yang sama cuba rasai mata anda kembali lonjong pada bentuk asalnya dan bertambah rileks.

So jangan terlalu asyik membaca novel cinta, bermain henfon, atau duduk di depan PC terlalu lama. Rehatkan mata supaya mata anda mampu bertahan lebih lama ;)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU- 
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!