Migrain Bukan Sakit Kepala Biasa


Apa yang anda tahu mengenai migrain? Sakit kepala yang mendenyut-denyut, rasa berat dibahagian kepala, rasa nak jatuh, nak pitam, pusing dan sebagainya. Yang pastinya anda akan rasakan sesuatu yang berat pada otak anda. Saya juga seorang pengidap migrain. Ada kalanya saya rasakan sakit pada bahagian kening ke kepala belakang. Ada orang mengatakan ia adalah kesan daripada pencahayaan lampu yang terlalu lama (mungkin saya menghadap laptop 12 jam). So disini saya ada buat reseach serba sedikit mengenai migrain.  Saya berharap anda baca sehingga habis kerana kesan migrain yang berpanjangan memberi kesan negatif terhadap kesihatan kita.

Migrain itu apa?
Migrain adalah salah satu penyakit yang berulang. Maknanya kita akan rasa sakit migrain ini berulang kali. Kajian general mengatakan 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki menghidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Migrain ini mula menyerang dari zaman kana-kanak sehingga peringkat remaja, dan hanya apabila mencapai umur 45 - 50 tahun, migrain akan beransur-ansur hilang (walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka). Punca sebenar migrain masih tidak diketahui, tetapi peluang untuk mendapat migrain akan lebih tinggi sekiranya ahli keluarga terdekat mengidap migrain juga.

Ada juga yang tidak tahu sakit kepala dan migrain mempunyai simptom yang berbeza. Sebelum saya sambung info seterusnya, jom tengok perbezaan sakit kepala dan migrain :

Perbezaan Sakit Kepala dan Migrain :

  • Ciri-ciri sakit : Migrain akan merasakan kepala yang berdenyut-denyut, berdebar-debar dibahagian kepala dan berdenyut kesakitan. Makala sakit kepala pula boleh dirasai apabila merasakan ketegangan pada seluruh kepala yang menjalar kebahagian leher. 
  • Jantina : Migrain dan sakit kepala lebih menghantui wanita daripada lelaki. Malah 70% daripada pengidap migrain adalah wanita. Ini mungkin disebabkan banyak faktor contohnya seperti turun naik hormon disebabkan haid ataupun menopause.
  • Sensitiviti : Migrain juga oleh disebabkan sensitif pada cahaya, bunyi atau bau. Manakala sakit kepala jarang mengalami sensitiviti ini.
  • Lokasi kesakitan : Sakit belakang kepala yang berhampiran mata atau sakit pada satu bahagian dikepala adalah salah satu tanda migrain. Jika sakit diseluruh kepala, seluruh dahi atau dipangkal leher, ia adalah tanda sakit kepala.
  • Tahap keterukan sakit itu : Tahap migrain bermula dari skala sederhana hingga sangat teruk. Manakala tahap sakit kepala pula biasanya hanya ringan sehingga sederhana sakit.
  • Rasa loya : Loya, muntah dan sakit perut biasa terjadi kepada pengidap migrain, tetapi jarang berlaku kepada mereka yang hanya mengalami sakit kepala.
  • Aura Visual : Aura visual (dimana terdapat cahaya, lampu atau titik yang muncul dalam pandangan anda) boleh berlaku sebelum migrain menyerang, walaupun ia tidak biasa terjadi pada migrain yang sebelumnya. 
  • Prodome : Prodome adalah simptom bagi pesakit migrain yang biasa terjadi sebelum migrain menyerang. Ia adalah tanda amaran diamana akan berlaku perubahan mood, cepat marah, kemurungan, sembelit, cirit birit, kekejangan leher dan hiperaktif. Dan gejalanya ini tidak berlaku jika hanya sakit kepala.
  • Jangka masa sakit : Jika migrain, anda merasakan sakit yang lama dan menjadi lebih teruk dalam beberapa jam sehingga mencecah beberapa hari. Manakala sakit kepala pula, jika kita berehat sebentar seperti tidur, anda akan ok semula setelah bangun dari tudur tersebut.
  • Pencetus sakit : Tekanan, keletihan dan kurang tidur mungkin simptom awal untuk sakit kepala. Tetapi tidak pada pengidap migrain, mereka mengalami kesakitan ini lebih dua kali ganda dari sakit kepala biasa. Kebiasaan migrain terjadi apabila terdedah dengan cahaya terang (fotobia), suara keras (phonophobia), pendedahan kepada bau minyak wangi atau asap, perubahan pola tidur, alkohol atau kafein yang berlebihan. Meninggalkan waktu makan juga boleh menyebabkan migrain.
Jadi, sakit kepala dan migrain adalah berbeza. Cuba kenal pasti simptom yang bagaimana dialami oleh anda. Setakat ini dulu pengenalan mengenai migrain. Saya akan sambung semula entry saya mengenai Bahaya Migrain di entry akan datang.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 - 880 5272
Emel : ayumohdmohyi@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!