Bahayakah Simptom Pra Haid Wanita?

PMS

PMS bermaksud Pre Menstrual Sindrom - ia adalah kombinasi rasa kesakitan yang dirasai oleh wanita dari seminggu sebelum ataupun sebelum period. Simptom kesakitan ini bermula lebih kurang 5 hari sebelum dan akan hilang ketika anda sedang period.

Jika anda perasan sebagai wanita pasti anda dapat rasakan kesakitan yang tiba-tiba hadir sewaktu menjelang period. Tiba-tiba mood anda berubah, ada saja yang tidak kena, kemudian sakit kepala, pening dan kejang seluruh badan menyerang anda. 

Nak bangun nak duduk pon tak senang. Ini lah dia rasanya ketika menjelangnya period. 
Simptom PMS ini menyerang boleh dikira kepada hampir semua wanita ketahap yang tertentu dalam masa mereka yang produktif. Dalam 30% hingga 40% dari kes-kes, simptom PMS boleh menganggu kehidupan harian wanita dan tidak dapat dielakkan oleh para wanita diluar sana. 

Sebab itulah, wanita ini sangat kuat, mereka mampu menahan sakit PMS setiap bulan, 
PMS boleh dikatakan gejala yang disebabkan oleh perubahan fizikal dan psikologi sekitar waktu prahaid. Punca sebenar masih dianggap misteri dan simptom yang menyerang biasanya menyerang 5 ke 10 hari sebelum period.  

Ok, jom baca apa dia simptom-simptom prahaid ni :-
  1. Keletihan
  2. Tekanan perasaan!
  3. Kekejangan perut. Arghh!
  4. Kembung perut
  5. Keinginan makan yang membuak-buak terutama yang manis dan masin
  6. Sakit kepala
  7. Sakit otot
  8. Bengkak payudara
  9. Jerawat tumbuh bagaikan cendawan!

Simptom PMS pada mood dan perangai :

  1. Tiada mood!
  2. Terlalu sedih dan tekanan perasaan
  3. Marah dan cepat marah
  4. Terlalu bimbang
  5. Perubahan mood kearah yang negative
  6. Wujud masalah pada penumpuan perhatian dan kurang peka
  7. Menjauhkan diri dari keluarga dan rakan-rakan

Simptom PMS yang teruk :

  • Wanita yang mempunyai perubahan teruk pada prahaid ini pada perasaan seperti kemurungan, cepat marah atau kebimbangan dikatakan mempunyai gangguan Dysphoric Prahaid (PMDD). Somptom-simptom ini selalunya akan hilang dalam masa 3 hari pertama pendarahan haid ini. Walaubagaimanapun jenis ini tidak tidak la terlalu teruk untuk diketahui umum ;)

Simptom PMS yang semakin teruk :

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan PMS semakin teruk jika terjadi:
  1. Masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan gangguan
  2. Migrain
  3. Sindrom usus (IBS)
  4. Asma
  5. Sindrom keletihan yang teruk
  6. Alahan
So, anda dah tau simptom atau gejala-gejala yang terjadi pada anda ketika menjelang period. Tapi, sebenarnya terdapat keadaan lain yang memungkinkan rasa sakit yang sama seperti PMS. Jadi pentingnya mengetahui cara yang betul adakah benar itu PMS atau sakit lain supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang betul. 

Cara terbaik adalah dengan belajar menyimpan diari haid untuk 2 atau 3 bulan. Ini untuk menunjukkan tahap penjagaan kesihatan anda dan diri anda.

Untuk entry yang akan datang, akan saya ceritakan bagaimana cara mengira kitaran haid anda. Untuk persediaan dari segi mental dan fizikal.. Nantikann...  ;)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!