10 Tips Tingkatkan Metabolisma

Bersambung kita pada kali ini dengan tajuk metabolisma badan. Seperti saya terangkan sebelum ini, metabolisma ini meningkat atau menurun mengikut cara pembawakan diri anda sendiri. Dibawah ini, disediakn 10 Rahsia Meningkatkan Metabolisma. Boleh cuba!
  1. Air - Jika anda mengamalkan sehari 8 gelas air, metabolisma mampu berjalan dengan lancar dan membakar kalori yang terkumpul dalam badan anda secara konsisten. Ini membolehkan tiada pengumpulan kalori atau lemak dalam badan.
  2. Suplemen Kalsium - Kajian barat menunjukkan bahawa jika badan seseorang kekurangan kalsium dalam badan, ia boleh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut pada lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Jadi jika anda bercadang untuk menurunkan berat badan dengan cara menaikkan kadar metabolisma, anda dinasihatkan ambil kalsium. Boleh amalkan ESP dan Meal Shake! Cara ini mampu merubah kadar metabolisma anda supaya lebih cepat membakar kalori.
  3. Makan - Jangan tak sangka pula, makan kerap juga membantu merubah kadar metabolisma anda. Gunakan hipotesis ini: semakin kerap makan, semakin tinggilah kadar metabolisma seseorang itu. Jadi, makan lah snek ataupon makanan sampingan lain dengan lebih kerap. Jangan cuba skip meal anda. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh anda akan menurun dan ini menyebabkan anda akan makan secara berlebihan pada waktu seterusnya. Biasakan makan snek ringan yang sihat, tinggi fiber dan protein seperti biskut dan buah-buahan.
  4. Tidur - Ubah cara tidur anda yang suka tidur lambat tu. Tak membawa sebarang faedah pada kesihatan anda. Tidur sekurang-kurangnya 7 ke 8 jam setiap malam untuk mengekalkan metabolisma yang sihat. Sperti saya katakan pada entry sebelum ini, waktu tidur juga metabolisma terjadi. Jika anda kurang waktu tidur, ia boleh menganggu kebolehan tubuh anda untuk membakar kalori. Tapi jangan pula tidur berlebihan. Cuba kekalkan jam tidur yang konsisten pada waktu mula tidur dan waktu bangun tidur.
  5. Stress - Pakar menyatakan stress juga mampu merubah kadar metabolisma anda. Kerana ketika anda stress jumlah kartisol didalam tubuh akan meningkat. Kartisol ini merupakan hormom yang memberitahu tubuh untuk meyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya didalam situasi yang bertekanan tinggi. Jadi anda harus tenangkan fikiran dengan beristghfar supaya mental anda berada dalam keadaan yang baik.
  6. Matahari - Sinar matahari juga adalah rahsia dalam merubah kadar metabolisma anda. Kajian menunjukkan mereka yang menghabiskan masa terperuk terlalu lama didalam persekitaran yang tertutup dan gelap, mempunyai kesan fisiologi seperti anda sedang tidur. Waktu yang baik untuk anda keluar adalah pada 11 pagi dan 3 petang. Berehat sebentar melihat keluar dari pejabat, ataupun rumah anda sambil berjalan-jalan. Selain mendapat sinar matahari yang baik pada ketika itu, anda juga mampu merancakkan kadar degupan jantung. Metabolisma sihat, jantung pun sihat. In Sha Allah.
  7. Senaman - Senaman yang membina otot mampu menaikkan kadar metabolisma anda. Biasakan diri dengan latihan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala 1 paun lemak akan membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Tidak semestinya anda perlu membina otot seperti ahli bina bada negara iaitu Malik Noor. Boleh gunakan pemberat yang ringan tetapi lakukan secara berulang kali dengan lebih kerap. Situasi ini mampu membakar lemak dan membina otot.
  8. Vitamin C - Seperti kalsium, vitamin c dan kalsium adalah kombinasi yang baik dalam menigkatkan kadar metabolisma. Kalsium baik dalam mempercepatkan metabolisma, manakala vitamin C membantu dalam penyerapan mineral untuk badan.
  9. Pedas - Makan pedas juga mampu merubha kadar metabolisma anda supaya lebih cepat. Kerana dalam cili terdapat capsaicin yang mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  10. Teh Hijau - Anda tahu bukan, kopi tidak emmbantu dalam menigkatkan kadar metabolisma anda. So baik anda amalkan meminum teh hijau. Kerana dalam teh hijau terdapat polifenol yang mampu menigkatkan kadar metabolisma badan anda.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!