"Senah! apesal kau ni makan macam hantu tapi badan maintain kecik molek cekeding je je nih?, jeles betul aku dengan kau!"
Peningkan bila fikirkan situasi begitu. Kenapa dia kurus walau makan banyak. Dan saya pasti anda semua sedia maklum, bahawa kadar metabolisma dia amat tinggi. Tapi! tahukah anda bagaimana ia berfungsi walaupun Si Senah tu tak bersenam pun. Lepas anda baca entry ini, anda akan faham bagaimana ia terjadi.
Ok, semua sedia maklum bahawa makanan yang dimakan akan ditukar kepada tenaga. Proses penukaran tersebut dipanggil metabolisma.
Kadar metabolisma bergantung beberapa faktor: Basal Metabolic, Aktiviti Fizikal seharian dan kesan Thermic
- 65% kalori adalah untuk Basal Metabolic menyokong proses biologi dalam badan termasuk pernafasan, perkumuhan dan pengepaman darah oleh jantung.
- 25% kalori adalah untuk aktiviti fizikal seharian, seperti berjalan, bersukan dan sebagainya.
- 10% lagi adalah untuk memproses makanan.
Ok, berbalik pada masalah Senah tadi. Makan banyak tapi tak gemuk. Gunakan konsep ini:
Guna Lebih Banyak Tenaga
Kalori yang diambil
= TURUN BERAT BADAN
Sebab itu Si Senah tadi kurus. Kerana kadar metabolisma yang tinggi pada Basal Metabolic membolehkan Si Senah tetap kurus. So buat mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah, jangan risau, gunakan kalori yang lebih supaya kadar metabolisma anda tinggi juga. Begitulah sebaliknya.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 017 880 5272
Emel : ayumohdmohyi@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!