Fahami Kitaran Haid Anda Untuk Persediaan Mengandung Bayi Pertama

Seperti entry saya sebelum ini, ada saya terangkan bahawa simptom PMS ada terbahagi kepada 4 bahagian: 
  1. Simptom pada fizikal
  2. Simptom pada psikologi
  3. Simptom teruk
  4. Simptom makin teruk
Jadi, hari ini saya ingin mengupas serba sedikit tentang senggugut yang saya pasti ramai wanita diluar sana merasai rasa senggugut yang sama. 

Senggugut biasa dirasai dalam 5 hari sebelum datangnya period. Ramai kanak-kanak, remaja dan wanita akan mendapat kekejangan selama beberapa hari apabila tempoh haid baru nak bermula. Anda akan rasa otot pada bahagian bawah pusat kebawah sehingga kekaki dan kadang-kadang kejang di pinggang juga.

Ini merupakan kesan sampingan daripada hormon wanita yang dipanggil prostaglandin. Jadi anda jangan risau jika kejang dibahagian itu terjadi. Tetapi! jika kekejangan anda begitu kuat terasa atau dua kali ganda lebih sakit daripada biasa, anda haruslah buat pemeriksaan doktor. Jangan biarkan ia sakit sehingga teruk. 

So hari ini seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, saya akan kongsikan bagaimana caranya mencatat diari period anda. 

Jadual Kitaran Haid
Jadual Kitaran Haid


Pertama sekali period berlaku setiap bulan secara puratanya 28-30 hari. Tapi ada yang dari 25 ke 35 hari (kitaran yang agak lambat). Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid untuk difahami iaitu:

  • Hari 1-4 : Fasa pengeluaran haid (menstruation) - Ketika ini darah haid keluar dan penting untuk anda tanda kalendar atau diari anda pada fasa ini. Tandakan dari mulanya haid keluar sehinggalah berakhirnya period. Seeloknya, lakukan untuk setiap bulan. Jadi anda dapat mengagak kitaran period anda berapa untuk bulan seterusnya.
  • Hari 5-13 : Fasa follucular - Fasa ini hormon estrogen meningkat. Darah akan terkumpul didinding rahim dan menebal. Dikawasan ovari pula telur yang berada didalam bekasnya akan menjadi matang.
  • Hari 15 : Pada fasa ini pula telur yang sudah matang tadi akan mengalami proses peneluran yang dipanggil ovulasi. Telur akan terkeluar daripada sarangnya dan ini menyebabkan peningkatan pada hormon Luteinizing Hormone(LH). Telur ini jika disenyawakan akan turun melalui saluran falopio dan jika tidak disenyawakan oleh sperma, ia akan mati.
  • Hari 15-28 : Fasa Secretory : Iaitu satu fasa dimana telur akan dikeluarkan dari sarangnya, ketika ini hormon yang dipanggil progestrone akan dirembes daripada sarangnya. Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Kemudian hormon progesterone ini akan berkurang, makan dinding akan runtuhlah... 
  • Dan selepas itu, proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Kesimpulannya : Dari hari pertama anda didatangi haid, kira sehingga hari ke 28. Kemungkinan besar anda untuk merasai simptom-simptom PMS(senggugut) adalah pada waktu hari ke 25 hingga ke 28 tersebut. Jadi, bersiap sedia dari segi mental dan fizikal terutamanya ketika menghadapi senggugut tersebut. Jangan lupa catat, tanda, mark, tick kalender anda untuk pastikan anda tidak mood swing secara tiba-tiba. Hihi..

Ok, jadi saya rasa semua dah faham, boleh ikot jadual yang saya tunjukkan diatas. Jika masih tak jelas, boleh hubungi saya terus untuk konsultansi. Jumpa lagi di entry akan datang!

Stay tuned... ;)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!