7 Tanda Anda Mengalami Peningkatan Kadar Metabolisma

Selalu kita mendengar dan belajar di sekolah atau di pusat kesihatan akan tajuk-tajuk seperti “Tanda-tanda akil baligh”, “Ciri-ciri manusia beriman”, “Tanda-tanda seseorang sedang hamil” dan berbagai-bagai lagi. Namun jarang sekali kita didedahkan di sekolah mahupun di mana-mana akan tanda-tanda meningkatnya kadar metabolisma dalam diri seseorang.
Memandangkan metabolisma ini merupakan sesuatu yang subjektif, maka tiada sukatan atau skala sebenar dalam menentukan tahap metabolisma seseorang, maka oleh sebab itu ramai yang tidak menyedari jika diri mereka sedang mengalami peningkatan metabolisma atau pun sebaliknya. Cuba tanya diri anda sekarang, adakah kadar metabolisma anda sekarang sama seperti kadar metabolisma anda 7 hari yang lepas? Adakah sedang berkurang atau sebaliknya? Mungkin soalan ini anda boleh jawab selepas anda mengikuti 7 ciri-ciri berikut:


Tanda-Tanda Metabolisma Meningkat

  1. Lebih bertenaga : Lebih bertenaga bermaksud badan anda mampu memaksimumkan sehabis mungkin karbohidrat yang diambil untuk tujuan penghasilan tenaga. Jika anda berasa letih, maka terdapat kecacatan dalam diet dan program mengawal berat badan yang anda sedang amalkan. Badan bekerja lebih lancar dan pantas berbanding biasa.
  2. Kerap berpeluh : Ini merupakan kesan sampingan kepada situasi di (1). Lebih bertenaga juga membawa maksud badan melakukan kerja dengan lebih pantas berbanding biasa, dan itu semua menghasilkan lebih banyak haba berbanding biasa. Terlalu banyak haba dalam badan akan menghasilkan respon yang seterusnya, yakni sistem penyejukan semulajadi yang dikenali sebagai “peluh”. Bayangkan badan kita seperti laptop. Apabila laptop tersebut terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa, laptop akan menjadi panas, sekaligus kipas akan berpusing lebih pantas berbanding biasa.
  3. Kurang rasa sejuk suhu luaran, badan lebih suam : Ini juga berkait rapat dengan apa yang tertulis di (2).
  4. Rasa lebih ghairah (lelaki) : Lelaki yang melakukan weight training akan mengalami peningkatan hormon testosterone dalam badan untuk tujuan pertumbuhan (membaiki kembali otot-otot yang terkoyak). Antara kesan-kesan peningkatan hormon testosterone ni ialah lelaki akan menjadi lebih gagah, pantas (seperti pemangsa), lebih berkeyakinan, dan peningkatan keinginan seks terhadap pasangan perempuan.
  5. Degupan jantung dan nafas menjadi lebih pantas : Mungkin situasi ini sering dialami oleh mereka yang kurang stamina dan jarang bersenam. Jika anda seorang yang aktif dan rajin bersenam hampir setiap hari, termasuklah melakukan kardio, anda akan mengalami situasi ini pada keesokan pagi selepas bangun dari tidur.
  6. Cepat berasa lapar walaupun baru sahaja selesai menikmati juadah utama : Ini berbeza dengan nafsu makan. Perbezaannya sangat ketara,kecepatan rasa lapar ini berlaku kerana perut merembeskan lebih banyak enzim pencernaan berbanding biasa, sekaligus mengambil masa yang singkat untuk mencernakan kesemua makanan yang diambil.
  7. Sentiasa mahu terkencing : Pernah terfikir mengapa anda sentiasa terasa nak terkucil acap kali ketika berada di dalam bilik berhawa dingin? Ini kerana, peralihan badan daripada suhu biasa (suhu bilik) kepada suhu hawa dingin akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak haba untuk memanaskan badan yang kesejukan, dan ini bersamaan dengan peningkatan metabolisma. Kesan daripada peningkatan metabolisma ini ialah fungsi badan akan bekerja lebih “pantas” berbanding biasa, ini termasuklah proses yang melibatkan bagaimana ginjal kita bekerja (menyingkirkan bahan kumuhan melalui air kencing). Walaubagaimanapun, tidak mustahil jika anda kencing lebih kerap berbanding hari-hari sebelumnya walaupun anda tidak berada di dalam bilik berhawa dingin, dan itu menunjukkan kadar metabolisma anda sedang meningkat (andaian ini menganggap anda tidak menghidapi Urinary Tract Infection).


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!