Metabolisma menurun berdasarkan beberapa faktor seperti umur, jantina, ketinggian dan lain-lain lagi. Tetapi terdapat faktor luaran lain yang boleh menyebabkan kejatuhan metablisma secara mendadak. Berikut adalah punca-punca nya:
- Skip Meal : Ramai salah anggap yang mengatakan, skip meal boleh kurus. Tidak sama sekali. Bayangkan diri kita adalah sebuah laptop, jika battery dah nak kong, kemudian kita tiada adapter, bagaimana agaknya laptop kita itu. Pasti akan mati kan? Begitulah dengan makan. Jangan skip!
- Budaya Makan 3 Kali Sehari : Mungkin terlalu busy menyebabkan anda hanya makan pagi, tenghari dan malam sahaja. Makan 3 kali sehari mempu merendahkan metabolisma, lagi-lagi kalau sekali makan makanan yang berkarbohidrat seperti nasi putih.
- Berpuasa : Berpuasa boleh merendahkan metabolisma, kerana badan akan menerima signal pada awal permulaan puasa. Tetapi badan akan menerima signal terhadap puasa tersebut selepas beberapa hari. Jadi, selepas beebrapa hari berpuasa, badan anda tidak akan mengalami kejatuhan metabolisma. Ingatlah, badan anda adalah "mesin yang fleksibel"
- Peratusan Lemak Badan Tinggi (Gemuk) : 1 kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1kg otot yang menggunakan kurang kalori yang sepatutnya bererti kadar metabolima adalah rendah. Mereka yang mempunyai peratusan lemak yang tinggi mempunyai kadar metabolisma yang rendah walaupun kedua-keduanya mempunyai berat dan ketinggian yang sama.
- Mengikut Gaya Sang Pemalas : Berjalan di pasar melenggang kangkung, menyuruh adik kecil mengambil sudu didapur, dan banyak duduk berehat berbanding berjalan. Aktiviti ini akan merendahkan kadar metabolisma anda
- Pakaian "pemanas badan" : Ini merujuk kepada mereka yang tinggal dikawasan yang sejuk seperti diluar negara. Mereka perlu pakai pakaian panas seperti sweater. Dengan memakai pakaian panas, ini hanya akan mengurangkan lagi jumlah tenaga yang terbebas dari badan dalam bentuk suhu persekitaran.
- Pengambilan Kalori Yang Terlalu Rendah : Jika kita mempunyai bahan bakar kalori yang terlalu rendah juga boleh menyebabkan pembakaran kalori juga rendah. So, hanya tolak 500-600kcal sahaja. Lebih, NO!
- Elak Minuman Sejuk : Ada fakta yang mengatakan jika minum air sejuk, badan kita akan menggunakan metabolisma untuk meyuamkan semula air tersebut. So, kenapa nak elak air sejuk jika ia mampu menaikkan kadar metabolisma. Betul tak?
- Elak Makanan Pedas Dan Berempah : Makanlah makanan pedas dan berempah supaya kadar metabolisma anda konsisten.
- Kurang Bersenam : Tahukan anda kekuatan seseorang diukur pada kekuatan jantungnya, bukan pada kebesaran otot seseorang itu. Erti kata lain, jantung adalah enjin untuk tubuh badan kita. Jadi ia amat berkait rapat dengan metabolisma badan. Jika kita jarang bersenam, badan kita bukan saja "kurang" otot, malah lemak-lemak lain juga semakin berkumpul. 1kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1kg otot menggunakan lebih kalori.
Akan saya kongsikan lebih tips, isu, dan topik menarik untuk anda fahami ;)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 017 880 5272
Emel : ayumohdmohyi@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!