Day 02 - The Meaning Behind Your Blog Name

Day 02- The meaning behind your Blog name


Okey. Nama blog saya The Phase 2. Kenapa ada nombor '2' di belakang? Hahaaa.. sebab blog ini adalah kesinambungan daripada blog pertama saya, The Phase, yang mana blog tersebut telah pun saya 'private'kan.

Kenapa The Phase? Nama yang agak formal .. or kurang impressive? Saya ada alasan tersendiri.

Saya mula berblog atas sebab personal. Suka-suka. Seronok tengok orang ada blog, so saya pun nak juga. Plus, saya memang suka menulis. Saya menulis untuk bercerita tentang life saya, perasaan hati saya, lepas geram, sambil share maklumat sikit-sikit .. so, konsep penulisan saya, memberi maklumat secara santai dan bersahaja. TIdak terlalu formal. Bahasa pun rojak.

The Phase bermula masa saya buat praktikal di TMRND. Masa tu TMRND masih dalam kawasan UPM Serdang. Saya stayed kat kolej ke lima kot. Lupa. The Phase berkisar pasal kisah saya masa sebelum berkahwin (masa tu dah couple dengan hubby taww..) sampai lah hari Icha dilahirkan. Siapa nak tahu cerita saya sepanjang preggy boleh minta acess ke blog tu.

So, selepas Icha lahir, saya decided nak start fresh dalam dunia blogging. 'Now that I'm a new momma'. Takleh over-emo macam masa takde anak. Tu pun, ada gak terlepas emo coz saya 'benci' orang kacau dan masuk campur hal saya, hubby dan Icha. Saya suka uruskan hal saya sendiri. Tak suka bergantung sangat dengan orang.

The Phase 2 meand Fasa Kedua. Ya.. ini ialah fasa kedua kehidupan saya. Saya rasa dunia yang lebih-lebih cerah sejak diijabkabulkan dengan hubby, dan lebih-lebih cerah lagi sejak kehadiran Icha. Walaupun ada masalah di awal perkahwinan, tapi saya pegang satu je.. suami saya, syurga saya. Alhamdulillah.. saya berjaya lalui segalanya dengan baik.

Dengan baik. Bukan dengan sempurna. Terlalu banyak lagi yang perlu diperbaiki. Masih banyak lagi saya perlu berikan untuk suami dan anak.

Dan syukur, thanx loads to Kak Cery dan Mommy Lyna kerana membawa saya ke dunia SHAKLEE. Now, The Phase 2 lebih kepada blog informasi secara santai (dah terbalik dari konsep asal - blog santai berinformasi). SHAKLEE juga membuatkan blog saya lebih dikenali, dan hidup saya lebih ceria. Saya ada seorang surirumah yang bekerja dari rumah, dan punyai jutaaan teman di alam maya (dan suatu hari saya pasti akan bertemu korang semua!)

Hehe.. panjang pulak ye. Sorry... so, saya nak check kawan-kawan yang dah kena tagged, sape tak buat lagi ni


lots of love,





Day 03- A picture of you and your friends.

8 comments:

  1. takut woo..cikgu nak cek...eh kene edit skit post rin..lupe nak tulis kenapa tajuk dia it's not too late...hahahahha...

    ReplyDelete
  2. hehe macam tu ceritanya yer?

    phase 1 saya pulak kt fotopages. blog sekarang ni kira phase 2 gak la :)

    ReplyDelete
  3. @Arissa Zoela

    i cikgu yg balik la laling.. student hantar esainmen lewat pun boleh consider lg. better late than never. :)

    ReplyDelete
  4. @lydzar

    hehe. lydzar free tak? jom arr join benda ni .. merapatkan ukhuwah. hadha saje tak taggedd ramai2 sgt sbb hadha nak check hari2 diorang ni semua :)

    ReplyDelete
  5. dah tau dah kisah meaning di sebalik nama blog ini. camne ye nak privatekan blog?

    Latest Entri :
    Bila Si Dia Bertanya
    Ya Allah Masaku Dah Tiba

    ReplyDelete
  6. hehehe..akak dah buat utk ari ketiga tauuu *dgn muka eksen* :p

    ReplyDelete
  7. @eiela

    eiela masuk kat Setting > Permissions > Blor Readers. Set kat situ. :)

    ReplyDelete

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!