saya nak menang BestWater SHAKLEE.
mula-mula memang itu tujuan utama saya nak tulis entry ni pun. tapi, bila saya baca kembali entry pertama saya di blog ini semasa nak memperkenalkan SHAKLEE .. saya jadi terharu dan sayu. kenapa? sebab ayat yang saya sendiri karang ni ..
okey? kenapa saya beriya-iya pula nak ambil supplement yea? padahal saya ni SAHM / WAHM je, baru lak 2 bulan bersalin, so stok susu badan masih meriah, dan saya boleh je nak direct-feeding selalu kat icha so that bolehlah nak maintain stok susu badan ni?jawapannya sebab saya nak bekalkan makanan yang berkhasiat dan berkualiti untuk icha, bukan setakat makanan yang cukup aje.
inilah namanya kasih seorang ibu. itu niat saya masa mula-mula order SET E dengan Mommy Lyna. tapi, ended up saya tambah beli ESP atas saranan Kak Cery.
maka, pada 30.05.2010 bermulalah kisah cinta saya dan SHAKLEE. mak ooii.. excited you tengok vitamin banyak-banyak tu! lagi-lagi hidu bau wangi dan mint alfalfa tu. hehe.
perubahan pertama? saya asyiklah ke tandas buang air kecil. kesan alfalfa kot. nak kata B full pasal vitamin, tak juga sebab saya memang takde masalah dari segi production susu badan. alhamdulillah. ingat ye.. saya makan suplemen ni bukan pasal nak tambah susu, tapi nak bagi susu badan saya lebih berzat.
alhamdulillah, perubahan demi perubahan positif saya rasakan. antaranya colic (kembung) icha makin kurang ; tumbesaran icha memang pesat - 1 kg setiap bulan dan dia bayi yang berketul-ketul! funny! ; icha tak pernah demam .. alhamdulillah ; kulit icha memang cantik masa 6 bulan pertama dulu ; icha memang boleh dikategorikan bayi yang kuat sebab tak pernah meragam walaupun dibawa travel berjam-jam sampai larut malam ; saya pun tak pernah demam sampailah bulan puasa yang lepas. tu pun sebab saya kemas stor penuh habuk kat rumah ni ; lenguh-lenguh sendi saya hilang tanpa saya sedari (thanks vitamin E dan Ostematrix) ; selera makan saya semakin baik. alhamdulillah.
susah nak cerita semua faedah yang saya, icha dan hubby juga dapat kesan pengambilan SHAKLEE ni tau. yang pasti, SHAKLEE memang menceriakan hidup saya. meh la saya share gambar-gambar icha dari mula saya makan SHAKLEE sampai sekarang.
2 bulan++
3 bulan++
4 bulan++ (time ni dah ada 2 btg gigi)
5 bulan++ ( dah ada 4 btg gigi)
6 bulan++ (6 btg gigi)
7 bulan++ (8 btg gigi)
saya tahu, ada yang akan kata, " dah abah dia besar, icha ni macam abah icha la.."
saya tahu, tapi abah icha masa kecik-kecik tak kuat macam icha. nak naik bulan aje, badan panas-panas demam, nak tumbuh gigi demam .. dan abah icha tak minum susu ibu sebanyak yang icha dapat. abah icha minum susu S26 (sama macam mommy icha) .. icha ni debab hasil susu ibu dia yang kurus kering ni tau. tapi mommy icha masa baby pun bukan species slim, mommy icha debab!
member saya yang suami isteri badan besar-besar pun anak diorang tak semontel icha (fully breastfeed). suplemen SHAKLEE memang membantu sebenarnya.
dan ini gambar terbaru icha. sangat comel kan?! (hehehe! saya tak kisah pun kalau orang nak kutuk saya masuk bakul angkat sendiri ~ icha memang comel!)
8 bulan++
hehe. saya suka entry ni (syok sendiri lagi) ~ sebab ada banyak gambar icha kekeke! tak menang pun takpe kak N, janji pembaca tahu yang saya sangat berterima kasih dengan suplemen SHAKLEE dan GBS :)
lots of love,
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!