Day 24 - A letter to your parents

since i got two emaks and two abahs .. so, i would to dedicate this letter to four of them :)

assalamualaikum emak dan abah ..

semoga emak dan abah sihat sejatera, dan sentiasa dalam peliharaan ALLAH swt selalu. ameen.

tujuan along/ hadha menulis surat ini ialah sebab nak beritahu emak dan abah yang along/ hadha sebenarnya sangat-sangat sayangkan emak, abah dan juga semua adik-adik along/ hadha. nothing in this world ever replace you place in my heart!

along/ hadha akui, memang along/ hadha ni degil, keras hati, kadang-kadang suka melawan .. tapi bila buat semua tu ada satu benda je dalam fikiran, along/ hadha taknak emak dan abah terlibat dalam hal along/ hadha yang akhirnya akan menyusahkan emak dan abah. harap emak dan abah maklum yang along/ hadha dari kecik memang tak suka susahkan emak dan abah .. along/ hadha kan anak sulung? memang dah biasa semua benda uruskan sendiri. naturally rimas kalau orang tolong-tolong sangat .. (kecuali marul sebab dia yang wajib jaga along/ hadha sekarang, plus lain rasanya bila suami tolong dengan ibubapa tolong .. sebab along/ hadha dah set dalam otak, anak yang kena tolong ibubapa)

along/ hadha minta ampun kalau ada perbuatan mahupun perkataan along/ hadha yang melukakan hati emak dan abah. tak dinafikan, memang along/ hadha ni nakal hihi. apapun, along/ hadha minta emak dan abah janganlah putus doakan hadha, marul dan anak-anak kami ye? doakan kami jadi hamba ALLAH yang baik, manusia yang berguna. ameen.

along/ hadha saaaaayang emak dan abah!

- along @ hadha -




lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!