Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why?

hubby.

.. dan saya mahu hubby juga berada di kedudukan saya.

kenapa?

sebab saya mahu merasai kesusahan hubby dalam menanggung dan mendidik saya menjadi isteri yang sholehah. dengan segala kedegilan saya, keras hati saya dan betapa hubby begitu sabar melayan segala karenah saya. saya mahu merasai betapa sibuknya life hubby sejak berjawatan 'account manager' sampai dia 'terlupa' nak call saya tanya samada isterinya ni dah lunch atau belum, dah mandi atau belum .. yang mana, suatu ketika dulu itulah rutin hubby saban hari ~ how i miss that moment!

dan saya juga mahu merasakan betapa besarnya cinta hubby pada saya sehingga apa saja yang berlaku padanya dia tetap mempertahankan kasih sayang kami berdua ~ betapa bertuahnya saya!
ya ALLAH, kau peliharalah suamiku dari segala malapetaka, hutang, kemaksiatan, hasad dengki makhluk dan murahkanlah rezekinya, serta permudahkanlah jalan hidupnya.. dan jadikan suamiku suami yang sholeh buatku dan bapa mithali untuk anak-anakku. ameen.
untuk hubby .. hehe .. kalau dia dapat switch lives dengan saya .. nah! biar dia rasa betapa lembiknya badan ni dok kena perah setiap 2 jam. dalam masa yang sama saya wajib uruskan segala hal rumahtangga.. dan menghadapi suami yang 'suka menyepahkan barang merata-rata' hihihi :)


lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!