My Bling Moment : Breastfeeding

Salam Sayang Semua!

JOM JOIN CONTEST!


breastfeeding in public contest
Breastfeeding or Nursing in Public :)
breastfeeding in Air Asia flight
I heart breastfeeding so much!


Contest ini adalah bersempena dengan pelancaran Blog Susu Sihat dan sebagai mempromosi  tentang Breastfeeding In Public (penyusuan di tempat awam)

Contest ini dianjurkan oleh My Super Kids dan Bling Buubies

Ok. Ini gambar pilihan saya untuk contest ini. Trip pertama Icha ke oversea, 9 jam dalam flight Air Asia ke Melbourne. 


Thanks to Mommy Lyna, kerana menganjurkan contest ni. Semoga usaha Mommy Lyna untuk mempromosikan breastfeeding akan berjaya .. Ameen.

Sesungguhnya, pengalaman melahirkan dan mengharungi perjalanan penyusuan bersama Icha, adalah satu kenangan paling indah dalam hidup saya. Tidak terungkap dengan kata, tidak tergambar dengan lukisan, dan tidak terpamer dari riak wajah. Penat, marah, sedih dan gembira, segalanya bercampur-baur. Bahagia saat pertama Icha menyusu dari saya, membuatkan saya terasa 'lengkap' sebagai seorang isteri dan ibu. Bahagia saat Icha berjaya menghabiskan 6 bulan pertama penyusuan ekslusif, membuatkan saya bangga dengan keupayaan saya dalam serba kekurangan ini. Bahagia mendakap erat buah cinta saya dan suami, membuatkan saya merasa begitu bertuah!

Alhamdulillah..

Buat anak emak Icha, tiada yang lebih memgembirakan emak selain melihat Icha membesar sihat dan cerdik dengan susu emak. Buat suamiku MKB, tiada yang lebih menggembirakan sayang selain  mendapat sokongan padu abang dalam perjalanan penyusuan anak pertama kita ini.



Sob.. sob.. saya sedih pulak buat luahan hati macam ni .. hehe. tulah, kan saya selalu kata "SESAAT PUN SAYA TAK SANGGUP BERPISAH DENGAN ICHA" .. agaknya sebab tu saya ditakdirkan jadi WAHM. ALLAH Maha Mengetahui rahsia hati hamba-hambaNYA kan? 

Anyway kawan-kawan, tarikh tutup contest ni esok. Sempat lagi ni join ye .. Alhamdulillah.. siap pun entry saya. Menang tu mestilah nak kan? Tapi matlamat utama entry ini adalah untuk menyampaikan kepada semua betapa saya bahagia dan bangga jadi ibu yang menyusukan anak, dan saya menyeru kepada kawan-kawan semua "BERTABAHLAH .. ADA GANJARANNYA NANTI"

***********************************************

Update (5 Feb 2014): 

3 tahun dah berlalu sejak saya menang tempat ketiga contest ni. Alhamdulillah, saya dan Mommy Lyna pun sekarang dah bergelar Shaklee Master Coordinator. Anak saya dah masuk 3 orang sekarang. I love breastfeeding, I love blogging!



Lots of love,

2 comments:

  1. cantik.. g luck.. klau da jd duta n glamer nnt, jgn lupa kiter yea kak..

    ReplyDelete

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!