Siapa tak kenal Hanis Zalikha kan? Budak comel yang glamour dengan blognya yang santai, kelakar dan penuh tips tu? Lepas tu, saya nak tanya, kalau kawan-kawan baca blog Hanis, dah tentu kawan-kawan ikut juga membaca blog emak Hanis - Puan Nani Rostam.
Saya mula ikut baca blog kedua anak-beranak ni masa lepas kahwin dulu. DiGi kan ada sistem work@, so dah namanya kerja kat rumah, so, saya rajin gak ber'bloghopping' sampai la ditakdirkan terjumpa blog kedua anak-beranak ni.
Saya suka baca blog Puan Nani Rostam ni. Kehidupan hariannya penuh panduan dan tips yang bermanfaat untuk kaum wanita yang mahu kelihatan segar, jelita, gembira dan awet muda seperti beliau. Hey! Umurnya dan mencecah 44 tahun tau..
Latest, saya nak share tips daripada Puan Nani untuk kelihatan lebih muda daripada usia sebenar daripada entry ini.
Untuk Tubuh Badan
1. Setiap hari yang saya lalui, saya akan cuba mengambil makanan yang seimbang. Seperti kalau saya makan lauk kari yang penuh lemak tepu (santan) maka saya amalkan makan sayur mentah yang tidak dimasak seperti acar timun, tomato, atau salad.
2. Saya cuba mengelakkan minuman bergas. Hanya minum sekali sekala itupun sekadar seteguk dua. Atau sekadar merasa kerana teringin.
3. Saya menyediakan jus buah-buahan segar untuk setiap hidangan makanan. Paling tidak saya sediakan air rebusan barli ,jus limau nipis, limau kasturi atau lemon.
4. Saya amalkan membeli buah-buahan untuk dimakan setiap hari.
5. Saya gunakan tomato segar untuk membuat kuah spaghetti.
6. Lebihkan makan ikan berbanding daging atau ayam.
7. Saya cuba elak memakan makanan ringan, jeruk, halwa dan sebagainya.
8. Makanan hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
9. Rajinkan diri untuk membuat kerja-kerja rumah, membersihkan luar rumah dan bercucuk tanam adalah sebahagian daripada riadah dan senaman diri.
Untuk paras rupa dan pakaian
1. Saya rajin mencuba pelbagai product skincare dan makeup dan selepas itu stick pada yang dirasakan sangat sesuai dan baik untuk kulit wajah.
2. Saya rasa makeup saya sangat flawless dan anggun dengan menggunakan makeup bobby brown instead of brand yang sangat pemes iaitu mac.
3. Setiap hari saya pasti apply toner, daycream dan nightcream.
4. Saya suka memakai pakaian yang menampakkan saya kelihatan remaja instead of menampakkan saya seperti wanita 40an.
5. Tudung juga memainkan peranan penting untuk kita kelihatan segar, anggun, dan nampak muda.Jangan pilih tudung hanya kerana terpengaruh dengan fesyen tudung terkini.Saya memilih tudung yang sesuai dengan wajah saya dan membuat wajah saya kelihatan remaja.
6. Rajin berwuduk juga secara tak langsung dapat menyerikan wajah.
7. Apa yang lebih penting jiwa hendaklah sentiasa bersih, ikhlas, selalu bersyukur dan berprasangka baik terhadap Allah dan sesiapa sahaja. Hindarkan perasaan malas dan rajin-rajinkan diri dengan niat mahu sihat dan cantik.Insyallah.
Nak tahu lebih banyak tips dan macam-macam resepi best? Boleh klik kat link ni --> Model 80-an
p/s : Jangan tak tahu, kalau kawan-kawan rajin baca blog Puan Nani, kawan-kawan akan dapati yang Puan Nani juga amalkan pengambilan vitamin SHAKLEE (^_^)
lots of love,
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!