Kebaikan B Complex yang Perlu Anda Tahu


B Complex adalah vitamin kegemaran saya. Selain daripada itu, sebagai seorang work-at-home-mom dan pada masa yang sama menyusukan bayi sepenuh masa, pengambilan B Complex adalah mustahak.

Kenapa B Complex sangat bagus? Jom baca artikel di bawah ni.

Kredit MamaAna


Bagaimana B Complex berfungsi?


Salah satu fungsi B-Compleks yang kita kena tahu ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy). Sekiranya kita tidak bergerak banyak, maklumlah duk dalam pejabat je kan, tenaga ini akan menghasilkan tenaga haba (ingat tak belajar fizik dulu, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi akan bertukar dari satu bentuk tenaga lain ke bentuk yang lain). Jadi tenaga kinetik yang tidak digunakan ni (maklumlah duduk diam2 je) akan ditukar kepada tenaga haba, lalu menjadikan badan kita panas dan berpeluh.


Manfaat lain B Complex


Vitamin B-compleks juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Ia juga mengandungi niasin yang membantu menaikkan selera makan. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, B complex berfungsi menukarkan makanan menjadi tenaga, jadi kita takkan obes walaupun makan banyak kerana makanan tu tak tersimpan macam tu je.. tapi berpada2 lah. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Kalau main hantam saja, makanla vitamin apa pun kan?

Ibu mengandung dan menyusu amat2 lah di'tuntut' untuk mengambil B compleks. Selain dari ia mengandungi asid folik, B complex yang boleh mengalir ke dalam susu badan ini juga membantu anak2 yang menyusu menambahkan daya fokus mereka, kerana pengaliran oksigen dalam badan mereka disokong dengan pengambilan B-compleks oleh ibu.

Bagi mereka yang sering berhadapan dengan tekanan, B-compleks adalah penyelesaian terbaik, kerana selain dari melancarkan pengaliran oksigen, ia juga membantu merendahkan kadar asid amino di dalam darah yang boleh menyebabkan perasaan gementar dan tertekan.


Kesan makan B Complex


Pengambilan B-compleks akan menyebabkan urin menjadi kekuningan, sebagai indikasi bahawa badan memerlukan lebih banyak air, dan memekatkan warna susu badan.


Fungsi B Compleks ialah:-



  • - menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga
  • - meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
  • - mengelakkan penyakit beri2 akibat kekurangan vitamin B
  • - menggalakkan pertumbuhan
  • - penting untuk sistem saraf
  • - anti stress dan tekanan
  • - meningkatkan antibodi tubuh
  • - penting untuk sintesis dan aktiviti sel
  • - diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah)
  • - mencegah anemia
  • - memberikan tenaga
  • - penting untuk metabolisma lemak,protin dan karbohidrat
  • - amat2 penting untuk pengidap kencing manis/diabetes untuk membantu penukaran gula kepada tenaga
  • - mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan (terutama spina bifida)
  • - mengurangkan kolesterol
  • - meningkatkan selera makan


Sumber semulajadi vitamin B-complex ialah sayuran hijau, kekacang.
untuk info, yang lain, sila ke sini





So, itu dia maklumat penting tentang vitamin B Complex. Nampak tak betapa kaum wanita especially, wajib sangat pastikan keperluan B Complex dalam badan kita ni sentiasa cukup. Nak dapatkan B Complex fully daripada diet harian memang agak mustahil, so, pilihan terbaik cuba dapatkannya dalam bentuk vitamin siap makan.. pastikan yang lengkap dan semulajadi k? Pilihan saya dah tentu B Complex Shaklee.


Jika anda berminat nak tau lebih lanjut tentang B Complex Shaklee yang saya amalkan, just hubungi saya di 0192939886 (Mami Hadha).

Bye!





0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!