Hypertensi dan Sakit Jantung

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
•Umur melebihi 35 tahun
•Merokok
•Kegemukan
•Paras kolesterol tinggi
•Sejarah keluarga
•Pengambilan alkohol yang berlebihan
•Pengambilan garam yang tinggi
Simptom/Gejala
◦Pengidap Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
◦Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala biasa seperti sakit kepala
◦Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan)
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesannya:
◦Otak-Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara
◦Penyakit jantung
◦Komplikasi pada mata
◦Komplikasi pada buah pinggang
◦Kegagalan fungsi buah pinggang
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat:
◦Perlu mengubah amalan cara hidup anda
◦Amalkan permakanan sihat
◦Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
◦Melakukan senaman berkala
◦Kurangkan berat badan jika berlebihan
◦Atasi tekanan secara berkesan
◦Berhenti merokok
Nota tambahan : 
Kolestrol yang terkumpul kepada darah jika tidak dikawal akan membuatkan anda akan diserang tekanan darah tinggi akibat tekanan pengepamam pada jantung. Jantung akan mula bekerja keras mengepam darah untuk disalirkan ke seluruh tubuh. Proses ini pula akan menjadikan otot dan arteri jantung menjadi keras dan bermulalah penyakit lemah jantung. Lama kelamaan, jantung yang lemah membuat aliran darah berlaku dengan perlahan. Apabila darah mengalir perlahan, penimbunan lemak mula berlaku dalam darah. Ianya akan menjadikan salur darah semakin sempit dan penyumbatan akan berlaku pada bila-bila masa. Yang pasti itulah "SILENT KILLER". Dalam beberapa saat, apabila penyumbatan berlaku, usia kita ditentukan oleh Nya. Jika anda bernasib baik, anda selamat, jika tidak, secanggih manapun kelengkapan hospital, sudah tiada manfaatnya



lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!