Harini lengkaplah sudah perjalanan penyusuan ekslusif icha selama 6 bulan. Berjaya juga saya melepasi tahap pertama ni.
so, ini saya copi entry dari blog kawan saya, Miakididdles, mengenai Panduan Pemakanan Bayi. so, kawan-kawan bolehlah baca dan fahamkan, and explain kat hubby, parents if ada yang masih kurang kefahaman pasal konsep breasfeeding yang kita semua sibuk-sibuk kempen ni ;-)
Pemakanan yang paling sempurna bagi bayi baru lahir hingga berumur 6 bulan ialah SUSU IBU SAHAJA. Bayi yang menyusu susu ibu secara ekslusif (sepenuhnya) sehingga 6 bulan pertama kurang mengalamai jangkitan saluran penghadaman dan saluran pernafasan.Susu yang dihasilkan dalam masa 3 - 5 hari pertama selepas kelahiran dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum adalah cecair pekat kekuningan dan dihasilkan sebanyak 30ml sehari. Ia mengandungi antibodi yang tinggi dan bertindak sebagai imunisasi pertama kepada bayi untuk melawan bakteria dan jangkitan virus. Walaupun kuantiti kolostrum yang dihasilkan sedikit, tetapi ia kaya dengan nutrien seperti Protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink).Susu ibu mengandungi air dan nutrien yang penting untuk tumbesaran bayi. Sebanyak 88% kandungan susu ibu terdiri daripada air. Oleh itu, bayi yang disusui dengan susu ibu tidak memerlukan air kosong atau minuman lain. Selain daripada itu, susu ibu juga mengandungi protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi, lemak sebagai sumber tenaga dan zat besi untuk mencegah anemia. Oleh itu, pastikan bayi anda disusui dengan susu ibu sahaja sehingga berusia 6 bulan.BILA WAKTU PALING SESUAI MEMBERIKAN MAKANAN PELENGKAP KEPADA BAYI??Apabila bayi berusia 6 bulan, mereka perlu diberi makanan pelengkap untuk memenuhi keperluan TENAGA dan NUTRIEN yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangannya.Makanan pelengkap - makanan atau minuman yang mengandungi nutrien yang diberikan kepada bayi selain daripada susu ibu atau susu formula. Makanan pelengkap berfungsi untuk membekalkan nutrien keperluan bayi dan BUKAN untuk menggantikan penyusuan bayi...Pemberian makanan pelengkap paling sesuai apabila bayi mencecah umur 6 bulan. Ini adalah kerana pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang dan risiko untuk masalah penghadaman, jangkitan dan alahan terhadap makanan pelengkap dapat dikurangkan.APAKAH KESAN JIKA MAKANAN PELENGKAP DIBERIKAN TERLALU AWAL??Ia boleh menyebabkan bayi kurang menyusu kerana bayi sudah kenyang. Selain itu, sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia. Ini boleh menyebabkan bayi terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan diarhea.APAKAH KESAN JIKA MAKANAN PELENGKAP DIBERIKAN TERLALU LEWAT??Ia boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.Sumber : Unit pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
next target, dah update!
SUSU IBU MASIH MAKANAN UTAMA ICHA DAN SAYA AKAN BERI ICHA SUSU BADAN SEHINGGA DIA BERUSIA 2 TAHUN. AMEEN
lots of love,
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!