JOM KURUS! - 25 sebab kenapa kita harus bersenam

saya dan hubby percaya, bersenam adalah kaedah terbaik untuk mengekalkan kesihatan yang optimum, di samping cara paling bagus untuk kurus secara sihat dan alami.



dalam entry sebelum ni, saya pernah menulis mengenai diet dan weight management, dan saya ada menyatakan mengenai 'bersenam'. so harini, jom kita tengok 25 sebab kenapa kita harus bersenam.

1. Bersenam boleh menambah tenaga
2. Tidur akan lebih lena
3. Lambat rasa letih
4. Rasa lebih yakin bila badan fit
5. Tekanan darah berkurang
6. Dapat kurangkan sakit-sakit badan (sakit belakang, bahu, leher)
7. Mood jadi lebih baik
8. Meningkatkan kadar metabolisma
9. Ubah lemak kepada otot
10. Tulang akan lebih tumpat
11. Membantu memperbaiki paras kolestrol
12. Menggalakkan pembentukan sel otak. Minda lebih cerdas. Elak alzheimers
13. Nampak lebih muda
14. Memperbaiki peredaran darah
15. Kurang stress
16. Postur lebih baik
17. Membakar kalori berlebihan
18. Mengurangkan kesan PMS
19. Kurang risiko sakit jantung
20. Meningkatkan ketahanan kardiovaskular
21. Kurang risiko kanser
22. Meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan dari jangkitan
23. Jangka hidup lebih panjang
24. Senaman adalah aktiviti sosial yang sihat
25. Anda akan lebih peka tentang kesihatan secara keseluruhan

menarik kan? sebenarnya bukan susah pun nak bersenam ni. takde masa? saya tak percaya. minimum kawan-kawan cuma perlu bersenam 2 kali seminggu, 30 minit setiap sessi. masa saya kerja kat DiGi dulu, saya sempat join kelas aerobik dan kickboxing tau. bukan pasal nak kurus, tapi sebab nak fit. weekend pulak, hubby memang rajin bawak saya gi jogging. selalunya kami exercise dekat tasik yang memang disediakan kemudahan untuk orang beriadhah (cyberjaya pun ok!).

now ni, kami dah jarang bersenam. mujur juga jiran-jiran kat taman kami rajin main badminton, so seminggu sekali hubby akan join diorang. weekend sekarang, kami masih belum berkesempatan beriadhah kat taman/tasik macam dulu-dulu, tapi still ok sebab pagi-pagi kami pusing keliling kawasan perumahan ni sambil tolak stroller.

janji badan bergerak, dan dapat berpeluh.

pada saya, personally, bersenam ni penting. malah saya kurang yakin dengan ubat kurus (melainkan suplemen yang SHAKLEE sediakan kerana ia didefinasikan sebagai 'suplemen' bukan 'ubat'). oh! itu kita cerita next entry dan testimoni pengguna yang turun 20kg dengan lecithin dan alfalfa. marvellous.

kawan-kawan, kalau kat office ada gym, rajin-rajinlah ke sana. ini memang tips berkesan, dan jimat.




lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!