Tetap kurus walaupun kuat makan?

Situasi: Anda makan banyak seperti seekor beruang lapar. Anda tidak perlukan program mengurangkan berat badan kerana badan anda kekal kurus, atau hanya tinggal tulang, tidak kira berapa banyak anda makan dalam sehari. Tidakah anda berasa hairan kenapa ini berlaku?
Saya percaya ramai antara kita yang menghadapi situasi di atas. So, meh sini kita baca kenapa keadaan tu berlaku.
Kenapa Saiz dan Bentuk badan diantara kita berbeza?

Kadar metabolism kita berbeza. Umur, jantina, jumlah nisbah otot kepada lemak, dan senaman adalah berbeza dan ini adalah penentu kadar metabolism kita, maka bentuk badan kita berbeza. Orang yang kurus tidak bermakna dia cerewet memilih makanan. Ia mungkin disebabkan oleh genetik atau masalah hormon badan. Tidak hairanlah kenapa ada orang masih kekal kurus walaupun sudah makan dengan banyak.

Kadar metabolism lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita. Ini dikaitkan dengan testosterone/hormon lelaki. Hormone ini bertanggungjawab membantu fisiologi dalam badan lelaki serta membina otot. Semulajadinya, lelaki lebih banyak otot berbanding wanita.

Dari segi umur, kadar metabolism dewasa lebih tinggi berbanding bayi, kanak-kanak atau remaja. Ini kerana proses hormon pertumbuhan lebih aktif bagi dewasa.

Bolehkah wanita mempunyai kadar metabolism tinggi?

Wanita mempunyai kadar metabolism tinggi semasa mereka hamil, atau semasa menyusui bayi dengan susu badan. Kadar metabolism akan jatuh mendadak apabila mereka mencapai menopaus. Bersenam boleh meningkatkan kadar metabolism badan wanita.

Adakah bersenam pada waktu petang lebih baik dari waktu-waktu lain?

Tidak ada masalah tentang waktu untuk bersenam yang baik. Sama sahaja. Bersenamlah bila-bila masa anda selesa dan senang. Bersenam 3-5 kali seminggu sudah memadai untuk memberi hasil terbaik.

Masih tertanya-tanya kenapa rakan anda tetap kekal kurus walaupun makan banyak?


lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!