perkembangan baby icha pada usia 6 bulan++

10 : 50 malam - icha masih belum tidur. takde rupa nak tidur. takde tanda-tanda nak tidur. dengan setia menemani kekasih hatinya (sayalah!) buat kerja.


11:01 malam : icha tertidur... tak larat la tu temankan saya. pandai anak mak tidur sendiri (tengoklah mak dia siapa kan? 'budak baik' kesayangan abah icha) 


perkembangan icha terkini:
  1. dah ada 7 batang gigi. all of a sudden gigi jadi banyak since masuk 6 bulan.
  2. sangat suka menari goyang-goyang bahu bila dengar muzik. currently, icha got her own radio. mak dah cabutkan 'radio' kat playgym icha.
  3. suka sangat lagu-lagu ramli sarip. oppss.. ni pengaruh abah dia k?
  4. sangat baik. kalau tengah tension sanggup tahan ngamuk sebab mak dan abah nak solat berjemaah atau mak nak baca quran. good girl!
  5. tak reti merangkak, tapi saya rasa icha akan skip merangkak. dia akan terus duduk dan belajar berdiri.
  6. sangat suka bergambar. hehehe.. ini pengaruh saya yang sawan gambo.
  7. masih tak minat rancangan kanak-kanak. icha suka rancangan sukan (especially bola!), iklan dan errr.. kalau ada perempuan cantik ( lagi sekali pengaruh saya. pantang tengok orang lawa)
  8. icha sangat happy bila abah dia balik dari kerja. kalau tengah baring, angkat2 perut minta didukung. manja abah ni...
  9. suka mandi lama-lama. kata abah icha "macam mak kamu. suka mandi lama-lama". hehehe... banyak tempat nak gosok. at least sayang mandi lama bila keluar bilik air memang menggiurkan. takdelah mandi lama tapi bila keluar bilik air serupa macam orang baru bangun tidur ;-)
  10. last but not least, icha sangat suka puri karot dan puri labu. baaaaanyak sangat dia makan tauuu!!
lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!