Risiko Obesiti Sewaktu Hamil

Setiap wanita hamil memang memiliki komplikasi kehamilan yang tersendiri. Masalah obesiti ketika hamil antara yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita. Obesiti boleh meningkatkan kadar risiko dalam komplikasi kehamilan individu. Semakin tinggi kadar obesiti individu, semakin tinggilah kadar risiko yang bakal dihadapinya.
Musim perayaan ini mendedahkan wanita hamil kepada pelbagai jenis makanan yang manis, masin dan berlemak. Tanpa kawalan yang betul, ia menambahkan lagi risiko bagi wanita yang berpotensi untuk mengalami obesiti ketika hamil. 

Jika anda mengalami obesiti banyak risiko yang perlu ditanggung sama ada ketika hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin. Antaranya adalah seperti berikut:

Ketika hamil
*Gestational Diabetes.
*Tekanan darah tinggi.
*Tanda-tanda abnormal kepada tumbesaran, perkembangan dan kesihatan umum bayi.
*Sleep Apnoea iaitu masalah pernafasan terhenti untuk seketika sewaktu sedang tidur.

Ketika bersalin
*Sukar untuk melahirkan.
*Shoulder Dystocia - Bahu bayi boleh tersangkut sewaktu melalui proses kelahiran.
*Kesukaran untuk memantau denyutan jantung bayi.
*Kesukaran untuk menyediakan ubatan bersesuaian bagi mengurangkan rasa sakit sewaktu melalui proses kelahiran.
*Meningkatkan risiko untuk kelahiran normal selepas kelahiran menerusi pembedahan dijalankan sewaktu kelahiran bayi yang sebelumnya.
*Memerlukan kaedah kelahiran menerusi pembedahan kecemasan.
*Meningkatkan risiko komplikasi selepas pembedahan.

Selepas bersalin
*Meningkatkan risiko jangkitan pada luka.
*Meningkatkan risiko darah beku (lazim berlaku selepas kelahiran menerusi pembedahan).
*Mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.

Tips Untuk Mengekalkan Berat Badan Semasa Hamil


Cara terbaik yang boleh anda lakukan ialah makan dengan sederhana. Anda disarankan mengambil kira-kira 2,000 kalori sehari. Anda tidak perlukan lebih daripada itu hinggalah tiga bulan terakhir kehamilan, di mana anda perlukan 200 kalori tambahan sehari. Anda boleh mendapat 200 kalori tambahan itu daripada contohnya, sekeping roti bakar dengan kacang panggang atau semangkuk bijirin bijian penuh dengan susu separa-skim.

Untuk makan dengan sihat, makanlah makanan daripada kumpulan makanan berikut:

Roti, pasta, kentang, nasi dan bijirin (karbohidrat). Lebih baik jika anda makan bijian penuh seperti beras perang serta pasta dan roti daripada bijian penuh. Cuba pastikan makanan berkanji ini memenuhi satu pertiga daripada apa yang anda makan setiap hari.
Buah-buahan dan sayur-sayuran, sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari. Ini seharusnya memenuhi satu pertiga lagi daripada apa yang anda makan setiap hari.
Protein, seperti daging (tetapi bukan hati), ikan, telur dan kekacang.
Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju. Versi rendah lemak adalah pilihan yang baik jika berat badan anda berlebihan.
Anda tidak perlukan makanan atau minuman yang tinggi kandungan lemak atau gulanya seperti biskut, kek atau minuman berkabonat. Walau bagaimanapun, tidak salah jika anda mengambilnya sekali-sekala dalam jumlah yang kecil.

Ingat, anda tidak perlu makan untuk dua orang. Jika berat badan anda bertambah terlalu banyak semasa hamil, sukar untuk menurunkannya selepas bayi anda lahir.
Dan jangan lupa bahawa ia bukan hanya mengenai makanan! Senaman baik untuk anda semasa hamil dan boleh membantu anda mengekalkan berat yang sihat.Supplement yang bagus untuk ibu hamil mengawal berat badan ialah ESP & OMEGA




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!