Panduan Untuk Mempercepatkan Bukaan Bersalin

Hanya beberapa minggu lagi Ain bakal melahirkan anak kedua. Walaupun tahun lepas dah merasa bersalin anak pertama still rasa sangat-sangat NERVOUS. Mana taknya dahulu memang langsung tiada pengalaman bersalin pun.Main terjah je labour room tu hanya tawakal je. So, bagi entri kali ni Ain nak kongsi dengan korang semua tips dan panduan yang boleh digunakan untuk memudahkan bersalin. Insyallah...






1.  Amalkan bacaan ayat-ayat AQ, selawat dan zikir


Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh cam surah Al A’raaf (128), surah At Taubah, surah Yunus (31), surah Yusuf (68),  surah Al Hijr (97-99), surah An Nahl (78), surah As Sajdah (7-9), surah Maryam dan surah Yaasin. Selain itu, amalkan baca Al fatihah, 3 qul, Ayat Kursi dan selawat syifa’ sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah. Masa pregnant Allysha la aku hafal selawat syifa’ iaitu selawat penyembuh. Selain tu, zikir Fatimah untuk megurangkan rasa penat dan letih.


2. Minum air kelapa muda


Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat. Masa Mikhail dulu memang saya sentiasa menyuruh husband membeli air kelapa muda. Ye, kepala Mikhail tak kotor / berkerak pun masa dia lahir. Hopefully dalam masa sebulan ni banyak la stock kelapa muda supaya dapat sentiasa minum.

3. Buat kerja rumah


Officemate mesti ingat lagi cerita yang Ain yang sempat memasak, mop lantai, basuh/sidai/lipat/gosok baju dan mengemas rumah malam sebelum bersalinkan Mikhail. Dah ada instinct Ain nak bersalin dalam masa terdekat sebab dari petang sebelumnya macam ada contraction every one hour. Ain pun lagi cergas lah buat kerja rumah sebab nak lawan rasa sakit tu dan nak cepatkan bukaan pintu rahim. 

4.  Banyakkan berjalan 


Masa Mikhail dulu setiap hari memang husband Ain akan ajak berjalan selepas waktu bekerja. Laju je jalan macam orang tak peknen. Tapi this time, jalan sikit je dah rasa perut ni mengeras. Pastu baru berjalan 2,3 minit dah rasa macam kepala baby betul-betul kat bawah sampai nak terkucil-kucil jadinya. Jalan sikit, kena stop kejap. Hmm.. Tapi takpe, akan diusahakan cara yang lain.

5. Banyakkan ‘aktiviti’ bersama suami


Memang tak terfikir pun ‘aktiviti itu’ adalah salah satu usaha memudahkan bersalin. Nasib baik we ols ada attend antenatal class last year. Doctor sendiri yang bagi talk dan advise camni. Memula semua orang tergelak. Tapi dia dengan seriusnya explain this and that. In simple words, boleh mengembangkan pintu rahim katanya. Ooooo.. Based on my experience, it is logic and effective. Seriously. Find the most suitable position for mummy with big tummy. Kalau rasa malas dan agak tak bernafsu, ingatlah ni untuk memudahkan bersalin. Pasni nak pantang 100, 200 hari, sukati kauuu.. So you have to do it no matter what! Heee.. Selain tu, doctor ajar juga breathing exercise masa nak push out, etc. Sangat bagus antenatal class tu tau..Tak rugi half day kita. Ilmu sangat bermanfaat. Sila cepat register kat memane hospital jika anda masih ada masa tapi belum pergi lagi.

6. Minta ampun sekerap yang mungkin


Bagi Ain, ni lah perkara paling penting. Minta maaf dengan semua orang especially suami. Selepas tu, dengan family. Dengan redha mereka, insyallah proses bersalin akan menjadi lebih mudah dan lancar. Amin

7. Akar Fatimah dan air selusuh


Minum masa dah nak bersalin. Ni Ain buat sendiri je. Rendam akar Fatimah tu semalaman dan bacakan surah dan doanya. Dulu aku baca ayat ini : istighfar (3x), selawat (11x), Al Fatihah (1x), Al insyirah (1x), 3 Qul (3x), selawat Syifa’ (7x). Kalau takde akar Fatimah pun takpe. Guna saja air mineral dan dibacakan surah-surah mudah ni. Insyaallah.

8.  Persediaan mental dan fizikal


Ketenangan fikiran, kemantapan mental dan fizikal sangat penting. Masa dah nak dekat lahirkan Mikhail dulu, setiap hari baca cerita pengalaman bersalin orang lain. Siap tengok video kat Youtube. Memang ngeri. Tapi terpaksa supaya aku boleh expect apa yang mungkin terjadi. Dari cerita orang lain, ada yang terangkat punggung masa push. Natijahnya kena jahit panjang dan tak boleh duduk lepas tu. Pergh..Memang ingat sangat reminder ni. Pastu jangan menangis meraung supaya kita tak kehilangan energy masa sampai time nak push. Banyak lagi lah. Tu pentingnya baca/tanya pengalaman orang lain. Supaya mental bersedia dan tau apa yang boleh apa yang tak boleh. Dari segi fizikal pulak, dalam beg sentiasa sediakan roti ke, biskut ke, kurma ke, kismis ke, supaya boleh ngap sebelum masuk labour room. Sebab kalau lapar, camne kita nak retain energy dan bertahan kan?

9.  Makan kurma 3 atau 7 biji sehari


Ni baru terbaca kat babycenter dan baru nak try. They found a research result and agreed that dates can help to ease labour due to it is full with vitamins, carbo etc. Mat sallleh pun dah tau kebaikan kurma, kita orang Islam ni taknak amalkan? Walhal tercatat dalam AQ. Bersempena Ramadhan yang baru saja berlalu, nasib baik stock kurma ada lagi. So boleh la balun habis. 

10. Mandi sebelum ke hospital


Ni pun tak pernah try. But I will. Orang kata air yang sejuk tu dapat membantu menolak baby ke bawah masa contraction. Tapi kalau baru sakit sikit dan ada masa lagi la. Jangan dah pecah ketuban pun sebok nak mandi jugak. Kang ada yang terberanak kat shower. Masa nak pergi hospital time Mikhail dulu, papa dia yang beria mandi 20 minit sebelum bawak mommy pergi hospital kul 6 pagi. Sabar jela..
Petua lain cam minum minyak kelapa, makan telur ayam kampong mentah, minum air hujung rambut, minum milo campur butter, memang aku tak pernah try. Tak confident dan malas nak cuba sebab banyak lagi petua relevan lain yang boleh diamalkan. Yang penting, kena jaga kesihatan ibu dan anak.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!