Pelajari Teknik Marmet Dengan Cara Betul

Selama ni kita hanya tahu cara marmet daripada menggunakan pam elektrik atau pam manual. 

Teknik marmet adalah  cara memerah susu mengunakan tangan. Malahan mereka boleh dapat hasil perahan yang lebih banyak berbanding menggunakan pam. 

Tetapi itu mengikut pilihan masing-masing, teknik perahan mana yang lebih senang dan mudah yang penting keinginan menyimpan stok EBM buat si manja dan keinginan menyusukan mereka tanpa bantuan susu formula. 

Teknik ini amat berguna apabila pam rosak, pam tertinggal atau macam-macam lagi dugaan yang berlaku. Jadi teknik ini kena belajar juga tau.




Bagaimana Nak Marmet Dengan Betul?

Teknik Memerah Susu

STEP 1

Buat pegangan berbentuk C pada payudara anda dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1 inci ke 1 inci setengah dari aerola. Anggapkan ibu jari berada di pukul 12 dan 4 jari lagi berada di kedudukan pukul 6. Jarak ini adalah panduan kerana aerola ibu adalah berbeza.
STEP 2



Tekan payudara dengan lembut ke arah dada. Jangan ubah posisi jari tadi

STEP 3

  • Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah untuk menggalakkan susu keluar. Pastikan ibu mengenalpasti kilang susu yang ada berdekataan dengan areola tersebut. Picit bahagian itu dan ulang dengan pergerakan picit lepas beberapa kali.
  • Ulang langkah tersebut hingga aliran susu berkurangan.
STEP 4

  • Pindahkan posisi jari. Permulaan tadi ibu jari di jam 12. Sekarang pindahkan ibu jari ke kedudukan 11, 10, 9, 8, 7 manakala jari tengah dan telunjuk ke arah jam 5, 4, 3, 2, 1. Lakukan gerakan memerah ini seperti langkah 1-4 tadi. Lakukan sehingga dirasakan susu dapat diperah sepenuhnya dan tukar kepada payudara sebelahnya.
  • Jangan lupa tadah susu perahan ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.

Kebaikan Guna Marmet

  1. Dapat jimatkan kos. Murah je hanya guna tangan. Tak perlu beli pam mahal. Kos yang hampir kosong.
  2. Dikatakan hasil perahan lebih baik kerana adanya sentuhan kulit ke kulit berbanding dengan sentuhan mesin.
  3. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja walau tiada bekalan bateri atau elektrik.

Senang dan sangat cepat kan ! Ain nak korang semua cuba teknik marmet ni ye :) 

Selamat Mencuba


0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!