Kepentingan Mengambil Makanan Tambahan dan Tips Awet Muda

Dewasa ini, pengambilan makanan tambahan bukan lagi PILIHAN tapi satu KEPERLUAN. Mengapa saya katakan begitu? Ini kerana, walaupun kita claim kita mampu mengamalkan gaya hidup sihat a.k.a masak sendiri di rumah dengan bahan mentah organik, tanam sendiri sayur-sayuran, rajin bersenam, beribadah dsb namun adakah anda YAKIN bahawa persekitaran anda begitu sihat? Bagaimana dengan tahap kesuburan tanah yang anda gunakan? Bagaimana dengan tahap stress di tempat kerja (unless anda bisnes dari rumah.. tapi takkan tak keluar jumpa manusia)? Bagaimana dengan anak-anak yang anda hantar ke pusat asuhan? Bagaimana dengan cuaca yang tidak menentu? Bagaimana dengan tahap piawaian anda memasak sendiri itu.. adakah cara masak anda benar-benar tidak mengurangkan nutrisi dalam makanan? Dan ada banyak lagi faktor-faktor lain yang saya boleh jawabkan. 

Di sini saya share beberapa sebab anda perlukan makanan tambahan:-

  1. Makanan sahaja tidak mampu memenuhi keperluan nutrisi seharian tubuh. 
  2. Terlalu banyak makanan kaya lemak, garam dan gula yang sukar dihindari
  3. Kekurangan nutrisi dari tanah
  4. Kehilangan nutrien semasa memasak
  5. Pencemaran kimia dalam makanan
  6. Makanan yang diubah genetik (GMO)
  7. Penyakit  berjangkit
  8. Tekanan hidup (stress)
  9. Persekitaran yang tercemar
  10. Anda hamil, sakit atau sedang mengalami fasa penuaan.
Atas 10 sebab di atas inilah saya yakin bahawa pengambilan makanan tambahan adalah perlu. Bukanlah saya kata WAJIB namun sekiranya anda mahu kekal sihat cergas selalu, anda PERLU mengambil makanan tambahan sekurang-kurangnya sebiji pil multivitamin setiap hari bagi membantu melengkapi lompong nutrien tubuh, menguatkan sistem imun tubuh, membantu tubuh menjana tenaga, membantu organ tubuh berfungsi pada tahap sepatutnya, mengurangkan stress dan membantu tubuh anda detox dengan betul.

Mahukah anda hidup lama namun sakit-sakit? Tentu tidak bukan? Semasa di US tempoh hari, CEO Shaklee Corporation, Roger Barnett ada mengingatkan kami semua tentang "Life Span Vs Health Span". Basically, mesej yang hendak disampaikan ialah.. biarlah kita boleh hidup lama dan sihat. Bukannya hidup lama namun sakit-sakit :)

life span vs health span
 Makanan tambahan mengatasi jurang yang ada

Antara tips sihat yang anda boleh amalkan :


  1. Sentiasa pantau tahap kesihatan anda - buat checkup routine
  2. Berhenti merokok
  3. Rajin bersenam
  4. Kesihatan bermula dari rumah 
  5. Penjagaan kesihatan anak dan ibu bermula dari masa hamil - my fave topic! Nanti saya kupas lagi ;)
  6. Penjagaan nutrisi harian
  7. Kawal berat badan
Anda juga boleh amalkan Tips Awet Muda yang dikongsi oleh Roger Barnett sendiri semasa kami temuramah beliau tak lama dulu. :)

Nak cerita bab asas memang panjang, apapun, saya harap entri ini dapat membuka mata dan minda anda supaya jangan berkira untuk menjaga kesihatan k ;)




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!