Puisi Buat Kamarul Baharin


suamiku..

sungguh aku wanita bertuah
kerana menjadi pilihanmu
di antara jutaan jelitawan di hadapanmu
kau serahkan seluruh kehidupanmu
pada seorang aku
yang serba ketiadaan

suamiku..
betapa saat kau melafazkan ayat keramat itu
bergetar seluruh jiwa raga ini
meski tak setitik air mataku tumpah
kerana saat itu
aku terlalu bahagia untuk mengizinkan kau
melihat air mataku

suamiku..
setahun sudah aku menjadi isterimu
betapa aku mensyukuri nikmat Tuhan ini
engkaulah sesungguhnya
bulan yang jatuh ke ribaanku
menerangi seluruh kehidupanku

suamiku..
ku tahu banyak dosaku padamu
ku tahu banyak silapku padamu
ku tahu banyak lemahku padamu
ku tahu banyak kurangku padamu
tapi aku juga..betapa besar cintamu buatku

suamiku..
terima kasih atas cintamu
akan ku berusaha
mempertahankan ikatan cinta kita
sehingga dalam syurga!!

I LOVE YOU ABANG!!! (^-^)



nukilan asli
- mommy icha -

2 comments:

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!