Saya mahu berkongsi satu info menarik mengenai berpuasa untuk ibu menyusu ni. Puasa sebenarnya TIDAK memberi kesan negatif kepada penyusuan. Malah, terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/ tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melalui kencing, maka air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Oleh itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.
Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-
- Banyakkan pengambilan cecair.
- Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
- Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
- Mengambil vitamin C.
- Berehat secukupnya.
- Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu dalam bulan puasa:-
- Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
- Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
- Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
- Banyakkan bertenang.
- Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
- Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
- Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
- Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
Selain daripada itu, terdapat beberapa perkara yang BF mommies harus patuhi/ jauhi :-
- Walaupun disarankan pengambilan Alfalfa, ESP/ MealShake dan Performance Drink semasa berpuasa, namun pengambilan vitamin2 asas yang lain, terutamanya vitamin B Kompleks tidak harus diabaikan. B Kompleks penting untuk mencegah kemurungan, keletihan yang amat, stress harian akibat kerja mahupun hal rumah, keletihan akibat tidur yang tidak mencukupi dan segala perkara yang mengganggu kestabilan emosi, mood serta hormon.
- Ibu-ibu harus kurangkan pengambilan air sejuk - susu jadi kurang dan lebih mudah dan cepat dahaga. (saya memang sejak bersalinkan icha sampai kini berpantang air sejuk. saya terperasan susu badan jadi kurang kalau saya minum air sejuk/ minuman berais. tapi, ada masa terlajak juga)
- Iu-ibu harus banyakkan makan daripada minum semasa berbuka puasa. kalau banyak minum, susu yang dihasilkan akan terjejas kerana zat makanan yang diambil akan diserap oleh tubuh si ibu terlebih dahulu, seterusnya baru kepada penghasilan susu.
- Ibu-ibu disarankan berhenti mengambil herba seperti fenugreek yang bersifat panas semasa berpuasa. Boleh gantikan dengan ESP/ Alfalfa sebagai milk booster semasa berpuasa
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 019 293 9886
Emel : hadhatina@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!