Update Baby Icha 2 Bulan

Alhamdulillah. dari tadi tak putus2 saya ucapkan syukur pada ALLAH swt. kenapa? hehe..jom baca cerita saya pagi tadi.

harini umur icha genap 2 bulan, which means, icha kenalah ke umra untuk dapat suntikan imunisasi/ vaksinasi dia. so, tadi icha kena cucuk:
  1. Hib Meningtis
  2. Diphteria, Pertussis, Tetanus
  3. Polio
  4. Rotavirus (ni optional tapi saya ambil)
  5. Pneumococcal (optional juga tapi still ambil)

icha kena cucuk dua kali, paha kiri dan kanan, juga ubat makan. nanti saya cerita dalam entry yang lain pasal suntikan2 imunisasi ni ok? alhamdulillah .. nampaknya icha okey je tu. takde tanda2 nak demam.

masa kena cucuk tadi, macam biasalah .. baby zaman sekarang kan kuat2 dan garang2? hehe .. time kena cucuk mengamuk, tapi lepas tu okey je macam takde apa2 berlaku. yang kelakar masa paed dia nak bagi ubat makan tu. saya kena hold icha macam nak kasi nenen,  tapi icha dok pusing muka kat breast mak dia .. ayyoo..pantang disua anak dara emak ni! =)

perkembangan fizikal icha (ni best! satu lagi bukti susu emak icha memang cukup dan berkhasiat untuk icha. alhamdulillah)

berat : 5.51 kg ( bertambah 1.05 kg)
tinggi : 60.5 cm (bertambah 6.5 cm - banyak kan naiknye? tinggi macam model le anak dara mak ni nanti)
ukurlilit kepala : 38.5 cm ( bertambah 1.5 cm - yg ni saya pun takmo naik banyak2. kekekke!)

masa nak plot graf tumbesaran icha dalam buku dia, paed tanya " baby minum susu apa?"
saya cakaplah " susu badan"

kata paed icha, tumbesaran icha is very good untuk bf baby. somemore, masa nak 'burp'kan icha tadi, paed tu perasan yang kepala icha boleh tegak (leher kuat). actually, dari umur sebulan icha kalau ditiarapkan dia dah boleh angkat kepala. cuma berapa lama icha boleh tahan je la. tapi memang hari2 emak icha ni bagi latihan meniarap kat icha tau ..

komen paed "it's good for you.." saya pun tak faham kenapa paed cakap macam tu bila tengok icha ni kuat je. anyway, alhamdulillah.

lepas icha, saya pulak pi jumpa dr ummu untuk follow up postnatal checkup tempohari. saya beritahu dr ummu, lepas 3 hari ambil norcolut, the spotting/ bleeding terus berhenti sampai hari ni. then dr ummu cakap, tu maknanya memang hormon saya ada problem la. jadi, saya dapat lagi bekalan norcolut untuk seminggu sebab nak pastikan memang spotting tu betul2 clear.

rahim saya juga kena scan lagi. alhamdulillah .. clear (sayu je tgk tempat icha tinggal dulu). saya juga diminta untuk track period/ spotting saya lepas ni.

all in all, semua okey harini. tapi bayar mahal harini tau. almost rm500! terguzat i!!! maybe sebab ambil optional vaccinations tu. tapi takpelah, janji icha dan saya sihat dan selamat.

(tulah hubby kata, sebab tu orang2 kaya panjang umur, diorang sebelum sakit dah bayar macam untuk jaga kesihatan. kesimpulan, kena jadi kaya..hehhehe. ameen)

last but not least, jom layan gambar2 di bawah ..


Belajar buat EBM

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!