Checkllist Penyusuan Yang Berjaya

Syukur. Semakin ramai yang membuat pesanan vitamin-vitamin Shaklee daripada saya, khususnya daripada kalangan ibu-ibu menyusu. Penting bagi seseorang ibu yang menyusukan bayi itu mengambil vitamin demi mengekalkan kesihatan diri yang optimum sekaligus menambahkan nutrisi ke dalam susu ibu. InshaALLAH.




Antara feedback yang saya terima :-
  1. Warna susu dan urin berubah kekuningan/ kehijauan
  2. Susu jadi lebih pekat
  3. Baby tidur lebih lena dan lebih lama
  4. Kurang letih, lebih bertenaga

Namun, ada juga yang mengakui tidak mendapat kesan yang diinginkan seperti susu tetap macam biasa atau mungkin badan bertambah letih. Ini adalah normal dan positif, dan kita panggil ia sebagai healing crisis (proses pemulihan), yang mana saya akan kupas lebih lanjut dalam entry yang lain.

Khusus untuk anda yang mengikuti perkembangan blog ini, saya sediakan senarai semak untuk anda.


Senarai Semak Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya

  • Kekerapan mengosongkan breast melalui direct feeding atau pumping - ini saya usahakan utk share jadual mengosongkan breast nanti
  • Tidak meninggalkan solat + amalan2 sunat (untuk yg Muslimah) - tanda syukur dan terima kasih pada ALLAH
  • Mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat - sgt penting! kalau tak makan mana nak datang susu?
  • Mengamalkan suplemen yang bersesuaian dengan keperluan tubuh/ bayi - suplemen berfungsi utk melengkapkan kekurangan nutrisi dalam tubuh, seterusnya membantu melancarkan sistem tubuh, yang mana akan menghasilkan susu yg byk dan berkualiti (yg sgt2 diperlukan oleh bayi kita) 
  • Sentiasa positif dan yakin akan kemampuan utk menyusukan anak - ini juga crucial. badan berfungsi mengikut signal otak dan kekuatan sub-concious mind kita
  • Pengambilan air yg mencukupi - susu badan tu dalam bentuk cecair kan? dan air juga penting untuk membantu kelancaran sistem dalam tubuh.
  • Stress management - tips penting :  susu banyak bila ibu happy (mood stabil)

Do's and Don'ts Semasa Tempoh Penyusuan Bayi

  1. Tidak mengepam atas alasan breast tidak bengkak -  tolonglah jangan! ingat konsep penyusuan - supply on demand. seboleh-bolehnya mommies semua perlu ada sessi mengosongkan breast yang konsisten.
  2. Pengambilan minuman bergas dan berais - minuman bergas tinggi kandungan gula dan kalori, which is dalam jangkamasa panjang boleh memudaratkan tubuh badan. apabila mommies sakit, mampukan hasilkan susu yang berkualiti? apatah lagi nak hasilkan susu tu sendiri? minuman berais dikatakan boleh buat urat badan mengecut. kalau urat badan mengecut, dah tentulah susu susah nak keluar kan? lagipun, banyak minum ais boleh membawa kepada sakit sendi, dan gigi pun cepat jatuh/ reput.
  3. Pengambilan minuman berkafein - utk info mommies semua, kafein memusnahkan vitamin B dan C dalam badan. bg BF mommies, vitamin B sangat penting untuk membantu mommies lebih bertenaga, serta membantu mood yg stabil.
  4. Pengambilan suplemen khas untuk diet - please bear in mind, susu ibu kaya dgn nutrisi melalui pengambilan makanan ibu. so, kalau dah mommies semua berdiet (bila diet biasanya orang ambil suplemen diet dan kurang makan), mana datangnya nutrisi untuk badan? bila kurang nutrisi, penghasilan susu badan turut terganggu.
  5. Banyak merungut - walau macam mana payah nak susukan anak kerana banyak constraints, janganlah merungut. sebaliknya bersyukurlah kerana diberi peluang untuk susukan anak. sikit ke, banyak ke, pekat ke, cair ke ... beryukurlah. tapi jangan salah faham konsep bersyukur ye? makna bersyukur ialah kita redha dgn apa yg ALLAH bagi, dan dalam masa yg sama berusaha nak memperbaiki kekurangan.
Boleh print dan tampal dalam diari atau dinding kat workstation.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!