Selamat Hari Raya daripada Mommy Icha!

Salam sayang semuanya!

Rasa-rasanya tentu dah ramai daripada anda semua yang telah pun berada di kampung halaman tercinta masing-masing kini. Saya dan family masih lagi berada di Subang untuk menyelesaikan beberapa urusan sebelum pulang beraya. Namun inshaALLAH, dalam sejam dua lagi kami pun akan turut berangkat pulang ke kampung halaman kami.

Oh ye! Kalau nak tahu saya dan suami sekampung. Orang Teluk Intan gituu .. haha! Saya orang Kampung Bahagia, hubby pula orang Taman Manik. Kami sama-sama bersekolah di SEMESTI. Tapi, kami tak pernah berkawan pun masa sekolah dulu, lagi-lagi hubby tu junior saya. Terlalu comel untuk jadi boyfriend aii .. macam Hajime Kindaichi :P

Di kesempatan ini, saya dan keluarga kecil saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan pelawat setia blog ini. Andai ada penulisan saya yang terlalu emosi dan menggugat serta menyinggung perasaan anda, maaf dipinta. Biasalah tu, intonasi penulisan tak serupa dengan intonasi suara sebenar hehehe. Kalau jumpa saya or dengar suara yang sebenar, manja-manja aje orangnya saya ni (tak percaya? tanya kawan-kawan dan keluarga saya).

Juga terima kasih atas sokongan anda selama ini sehingga saya rasa sangat bahagia mengendalikan blog ini. InshaALLAH, saya akan berusaha memperbaiki isi kandungan blog ini dari semasa ke semasa. 

Baiklah, memandangkan saya dah upgrade ke vlog, joooommlaa lawat vlog ucapan Selamat Hari Raya daripada saya ni. Saya yakin anda semua pasti teruja dengan kecomelan dan ke'behave'ian anak dara saya tu :)



credit to hubby (^_^)


As usual, pesanan produk Shaklee hubungi saya di 0192939886.

lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!