Target Ramadhan 2011 (Cabaran 30 Hari)

Salam satu Ramadhan kepada semua pengunjung blog YourSuperMom.Com. Semoga kita semua menghadapi Ramadhan tahun ini lebih excellent daripada tahun-tahun sebelumnya. Ameen.

Alhamdulillah. Sempat saya menyediakan menu bersahur dengan sempurna untuk hubby (saya tak kisah sangat sebab saya jarang makan nasi masa sahur). Meskipun terlewat bangun pada jam 4.55 am. Fuhhh! Dahle malam tadi saya dilanda pedih ulu hati dan cirit-birit sampai terbaring-baring.

Menu simple aje. Bangun tidur tadi terus tanak nasi (Mujur guna rice cooker mahal - ada function 'quick'. Great saviour). Then, ayam memang saya dah keluarkan siap-siap maghrib semalam konon-konon nak masak sebelum tidur. So, dah fully defrosted. Basuh-basuh, potong-potong dan campak dalam periuk bersama sedikit air tapisan BestWater Shaklee, garam secukup rasa dan sup bunjut Adabi yang memang banyak stok kat rumah (kami laki bini hantu sup ayam kalau nak tahu). Memandangkan saya dah hampir 4 bulan hamil, so, saya tak berani dah nak tumbuk-tumbuk bahan penumis dalam lesung batu, jadi saya potong-potong je bawang merah, bawang putih dan halia, dan paling best, just gunakan serbuk lada hitam. Hehe. Ayam dah lembut masak, masukkan pula hirisan daun bawang. Siap! Resepi sup ibu hamil yang tak larat cium bau dapur.

Saya hidangkan nasi panas dan sup bersama telur goreng mata kerbau, hirisan timun dan tomato, kicap dan sos. Minuman pula hubby request teh tarik, dan juga mix of ESP + Performance Drink. Untuk vitamin, saya cuma ambik dua biji Ostematrix (the rest macam Vitalea, B Complex dan Vitamin C semua saya ambil malam sahaja bulan puasa ni). Hubby minum sesudu teh Vivix.Oppss! Jangan dilupakan buah kurma ya?

Simple. Okey. Apa target Ramadhan saya tahun ni?
  1. Tak missed puasa meski saya sedang hamil dan menyusukan anak sulung saya
  2. Tak missed solat sunat Terawih
  3. Tak missed solat sunat Tahajjud
  4. Khatam Al Quran 30 juzu'
  5. Tak missed sahur
Cukuplah 5 ni yang wajib saya usahakan. InshaALLAH. Untuk biz, doakan semoga saya terus sukses dalam biz saya dan bertambah murah rezeki di bulan Ramadhan ni. Ameen. (If ada yang berminat nak join biz saya, jangan malu-malu contact saya ya?)


Salam Ramadhan daripada kami sekeluarga.
lukisan Taj Mahal oleh hubby dengan menggunakan aplikasi di iPad2 kami

Jangan lupa dapatkan stok Performance Drink dan ESP daripada saya untuk Ramadhan yang lebih sihat dan ceria!

Mahu membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma? Sila SMS 019 293 9886 atau email ke admin@yoursupermom.com.

lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!