TIps IK : Menjadi Duta kepada perniagaan anda sendiri!

Saya suka nak share tips biz internet daripada idola saya ni, Irfan Khairi.
Kepada yang subscribe email IK, rasanya dah dapat email ni. Tapi, untuk sharing di blog ni, saya re-published semula. Semoga bermanfaat.
**********************************
Sekiranya kita melihat perniagaan-perniagaan yang berjaya, kebanyakannya sedia mempunyai seorang personaliti, contoh, Tony Fernandez untuk Air Asia, Bill Gates untuk Microsoft, Steve Jobs untuk Apple.

Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, jadikan diri anda "personaliti" dan "duta" kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah berhubung dengan "orang" berbanding dengan produk, perkhidmatan atau perniagaan.
jobs1.jpg
Steve Jobs sebagai duta produk sendiri - Ipad!

  1. Langkah pertama untuk menjadi "personaliti" kepada perniagaan kita adalah pastikan perniagaan yang kita jalankan "ngam" dengan diri kita sendiri. Maksudnya, sekiranya jual produk kesihatan, pastikan diri kita sedia sihat tubuh badan. Kalau jual produk kecantikan, pastikan diri kita juga boleh tahan cantik juga. Kalau jual produk IT, pastikan diri kita tak pula buta IT! Dapatkan produk yang terbaik untuk diri kita... yang paling ngam!


  2. Langkah kedua dan amat penting adalah, asahkan skil komunikasi anda, terutamanya dalam menyampaikan maklumat, idea, info mengenai perniagaan yang anda jalankan. Practice makes perfect. Latih diri sendiri beratus kali dalam berkomunikasi mengenai produk dan perkhidmatan yang kita ingin niagakan. Sehingga perniagaan dan komunikasi anda menjadi sebati.

Jadilah "duta" kepada perniagaan anda sendiri seperti perniagaan-perniagaan yang berjaya lain!



Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FanPage YSMFC. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 293 9886 atau email ke admin@yoursupermom.com.

lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!