Saya mula menjalankan biz Shaklee secara serius pada Jun tahun lepas (2010).
Asalnya, saya telah membeli satu set vitamin ibu menyusu daripada salah seorang blogger pujaan saya yang kemudiannya menjadi upline saya dalam biz Shaklee ini. Tapi, saya tidak berurusan dengan upline saya itu secara langsung kerana ketika itu dia berada di luar negara. Jadi, upline kepada upline saya yang menjadi tempat saya mendapatkan konsultasi.
Alhamdulillah. Pencarian saya terhadap suplemen terbaik bagi melestarikan kesihatan seorang ibu yang menyusukan anak berakhir setelah bertemu Shaklee. Dalam masa seminggu, saya telah mendapat banyak manfaat daripada pengambilan suplemen Shaklee tersebut.
- susu menjadi lebih pekat berkrim dan kelihatan begitu berlemak
- susu menjadi kekuningan which is membuatkan EBM saya kelihatan begitu yummy
- tubuh saya kurang letih, lebih cergas bertenaga
- emosi saya menjadi lebih stabil. suka ketawa.
- masalah colic dan rashes yang dihidapi oleh Icha berakhir
- berat badan Icha naik dengan begitu cun
Tapi, bukan itu point utama dalam entry saya kali ini. Saya mahu bercerita pada anda semua akan pentingnya hidup ini mempunyai matlamat yang jelas. Matlamat yang jelas dan difahami membantu kita ke satu arah yang jelas juga dalam life kita.
Sejak bulan lepas, suami saya sudah mula menggelar saya "Surirumah 5-Angka". Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki ini, doakan saya dan suami mampu kekalkan semua ini, dan semoga rezeki kami sekeluarga diberkati ALLAH.
Masa mula-mula buat biz Shaklee, matlamat saya cuma dua :
- Mengisi masa lapang sebab surirumah yang takde kerja ni cenderung berfikiran negatif pada suami
- Mencari sedikit DUIT jadi kalau saya nak beli tudung ke, baju ke, majalah ke dsb saya tak perlu susahkan suami. Memang nature saya sedari sebelum berkahwin, saya malu nak minta belanja daripada suami saya meski saya ni bawah tanggungjawab dia. Kalau terdesak baru saya sampaikan hasrat saya tu.
Saya signed-up membership Shaklee pertengahan Jun 2010. Sebelum tu, upline kepada upline saya dah pun approached saya untuk buat biz kerana kriteria dan potensi yang ada pada saya. Adalah ceritanya macam mana boleh kena approached tu. Siapa nak tahu meh sembang hati ke hati dengan saya.
Bulan Jun tersebut, point saya dalam Shaklee (biasalah MLM ada point semua ni bila buat sales), mencecah separuh daripada point yang dikehendaki untuk naik ke rank leader level pertama. Marvellous! In less than one months, sales saya lebih kurang RM4k. Okeylah kan? Buat dari rumah aje, newbies pulak tu.
Then, melihatkan saya punya potensi besar, pengasas group Shaklee yang terkenal di alam maya ni, pun turut jadi mentor saya. Bulan kedua buat biz Shaklee, saya naik jadi leader - tanpa ada downline. Bangga tau dan saya mula nampak sistem Shaklee yang adil. Tak perlu downline kita boleh naik rank.
Namun, apa yang mendorong saya berusaha naik rank masa tu ialah ..
Waterfilter Shaklee |
Saya nak memiliki Shaklee BestWater Water Filter
Shaklee bagi PERCUMA kepada mereka yang naik rank (plus insentif-insentif lain). Limited time. So, saya kena kejar peluang ni.
Macam 'orang gila' saya buat sales bulan tu. Segala panduan dan nasihat yang mentor-mentor saya beri saya aplikasikan. Alhamdulillah, sehari sebelum closing day, saya berjaya pegang title Leader (level bawah la, but it was a good start anyway).
Suami saya memang dari awal beri sokongan. Tapi dari segi restu dan material aje lah mula-mula tu. So, saya agak lost track lepas tu. Sebab saya belum habis study marketing plan Shaklee. Sehinggalah pada bulan Disember tahun lepas, mentor besar kami dari Miri turun ke Semenanjung. Alhamdulillah .. masa tu saya dah clear apa perlu saya buat. Lepas meet up tu sales saya jadi stabil dan makin meningkat setiap bulan.
Uniknya, masa meet up tersebut juga, pertama kali saya face-to-face dengan upline saya. Selama ni kami bercinta di alam maya dan sms aje (eh? upline saya perempuan tau. jangan salah sangka pulak). Memang unik biz Shaklee ni. Even saya sendiri, ada beberapa orang anak buah (downline) yang saya tak pernah jumpa namun masih mampu beri personal coaching pada mereka. (kalau mampu jumpa lebih baik sebenarnya)
Kini, setelah lebih setahun dalam biz ini, saya telah menjejak tangga yang ke-5 daripada 7 tangga sebelum akan sampai ke puncak. Dua bulan terakhir ini juga, alhamdulillah .. mungkin rezeki bayi dalam rahim ini juga, saya naik dua tangga berturut-turut. Dan INI, dengan campurtangan dan sentuhan suami saya. Yakinlah, restu dan sokongan suami sangat penting kepada isteri. Pandai-pandailah belajar memujuk ya? :)
Sharing about my success story |
Oh ya! Shaklee memanglah produk MLM, tapi uniknya biz Shaklee (yang saya jalankan ini):
- Tak perlu susah-susah terkejar sana-sini nak cari orang untuk jadi downline. Less stress.
- The more we share, the more we get. Ilmu pun bertambah.
- Marketing system yang simple dan sangat mudah difahami. Boleh study sendiri kecuali anda tak biasa dengan MLM.
- Downline boleh mengatasi upline. Ni memang unik.
- Consumable products. Bila dah habis orang akan cari kita semula untuk re-order.
- Shaklee adalah sebuah syarikat yang sangat established, telah 55 tahun ditubuhkan. So, kenapa nak ragu-ragu kan?
Most of my downlines were my satisfied customers or my beloved blog followers, yang saya tak pernah tanya pun," Jom jual Shaklee nak? Boleh dapat income riban-riban tiap bulan." Konsep saya, cuma akan approach orang tu if saya lihat dia berbelanja besar untuk beli vitamin daripada saya setiap bulan. Malah, ada yang tak pernah jadi customers saya pun nak jadi downline saya.
Kini, at this level, saya dah cukup yakin dengan Shaklee. Banyak perkara positif terjadi kepada saya.
- Saya kurang menulis entry penuh emosi di blog atau post mencetus kemeluatan orang di Facebook. Paling personal pun pasal "teringin cheesecake"
- Saya seorang surirumah yang punya ramai teman. Bilangan teman rapat saya jauh lebih ramai kini berbanding semasa saya bekerja dulu.
- Taraf kesihatan kami sekeluarga semakin meningkat. Mana taknya, "mak tokeh vitamin".
- Pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit juga bertambah.
- Boleh pegang duit sendiri dengan hanya bekerja dari rumah 247.
- Sentiasa bermotivasi, bersemangat,hidup penuh matlamat, positive thinking dan setiap hari sangat mengujakan
- Semakin dekat dengan ALLAH swt.
Dulu-dulu kalau follow husband outstation, saya terperuk aje dalam bilik hotel. Now ni, husband gi meeting, saya bawak Icha gi shopping. Hehe.
Rahsia kejayaan saya:
- Restu suami (dan anak-anak)
- Matlamat yang jelas
- Mentor yang hebat
- Pergantungan penuh dengan ALLAH swt
Seronok dan hidup rasa terisi, meski dengan Shaklee saya dan kawan-kawan saya takdelah sampai tahap boleh tukar kereta mewah cepat-cepat, pakai baju dan handbag branded, melancong oversea setahun 3,4 kali (tapi tahun ni aje saya dan husband dah 3 kali bercuti kat overseas, tunggu another trip hujung tahun kalau baby dalam perut izinkan) atau punya rumah besar dan mewah. Most of us have a very simple life tapi kami sangat bermotivasi, dan kepada geng ibu menyusu, kami 100% menyokong penyusuan susu ibu - our killer products!
Jadi, kepada yang email dan sms saya bertanyakan tentang faedah dan bestnya buat biz Shaklee, this is my story. Anda boleh pertimbangkan sendiri pros dan cons jika signup membership dengan Shaklee. Namun, jika anda sign-up from me, here's the deals** :-
- 247 unlimited personal coaching virtually
- bantuan promosi khas under our group
- peluang ganjaran super-hebat jika achieve target
- kelas "business intelligent" secara santai
- tips pemasaran gaya santai
Istimewanya juga kerana produk Shaklee ini tidak susah untuk dijual. Golongan pioneers dalam biz ini telah pun berjaya memberi kesedaran kepada umum akan kehadiran produk ini. Kedua, anda tidak perlu susah-payah study pasal pasaran sasaran kerana saya akan guide anda. Teknik memasarkan produk ini memang mudah. Ketiga, cara setup biz yang juga simple.
Saya cuma boleh janji apa saya mampu dahulu. Namun, saya akan pastikan anda juga menjadi someone yang punya matlamat dalam hidup. InshaALLAH.
** LIMA deals ini hanya valid jika anda sign-up from Mommy Icha sahaja.
Jika anda hubungi saya sekarang, saya akan beritahu anda cara untuk save RM65 bagi mendapatkan membership Shaklee (bagi yang mahu memulakan biz)
Good Luck!
Mahu membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma? Sila SMS 019 293 9886.
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!