YourSuperMom In Bernama.Com

Salam Sayang dan Salam Aidilfitri.

Masih dalam mood raya. Tapi, saya juga sangat berkobar-kobar mahu entertain customers Shaklee saya sejak mula bercuti raya lagi. Banyak idea dan plan dalam minda, especially untuk vlog YSM. Cuma, kesibukan beraya tidak mengizinkan.

Sebagai warming-up, saja nak share dengan korang tentang artikel mengenai saya yang tersiar dalam Bernama.Com dan The Star Online.


Thanks to sis Azie yang sudi berkongsi cerita saya yang tak seberapa. Seronok sungguh adik-adik dan kawan-kawan saya men'tagged' saya di Facebook nak tahu betul ke orang yang di'mentioned' tu saya. (nama saya ni mana ada orang lain pakai ~ unik)

Harapan saya, semoga secebis cerita saya ni menjadi inspirasi kepada para surirumah untuk terus maju dan menjadi surirumah yang bermatlamat serta berwawasan. Apa-apaun pastikan anda mendapat restu suami masing-masing k? Kalau ikutkan, saya kenal raaaaaaamaii lagi surirumah macam saya ni, malah lebih hebat lagi.
Sedikit tips daripada saya bagi yang nak buat biz di rumah :-
  1. Pastikan anda tahu, faham dan menguasai biz yang anda nak buat. \
  2. Anda minat tentang perkara dalam biz tu. Macam saya, memang dari kecik dah emak saya dedahkan akan kepentingan suplemen, even sebelum bertemu Shaklee, saya ni tukang sponsor suplemen kat emak saya.
  3. Dapatkan pandangan dan restu suami. Pujuklah baik-baik dan goda-goda sikit. Haha! Pastikan anda ada fakta apabila bercakap dengan suami sebab men are very rational dan berpandangan jauh.
  4. Belajar, belajar dan belajar. Saya ni walaupun hari-hari orang dok minta advise pasal penyusuan, still refer buku, internet dan kawan-kawan.
  5. Kalau boleh, guna produk tu kat diri sendiri dulu.
  6. Positif.
  7. Ada matlamat, kalau boleh lebih dari sekadar 'ada duit sikit-sikit'. List kan apa aim anda tu dalam kertas, bincang dengan suami sebab dia akan bantu anda kalau libatkan dia.
  8. Apa-apapun, biz kita bukan kita punya sorang, tapi biz suami isteri.
  9. Lillahita'ala.
Dan, dalam pada tu, jangan abaikan tanggungjawab kita pada suami dan anak-anak. Sibuk mana pun, pastikan keperluan mereka dipenuhi. Anda takkan berjaya tanpa mereka.

Ok. Tu je sedikit tips daripada saya yang simple ni. Dengan rasa rendah diri, saya mohon kalau ada yang terkurang ditambahkan, yang tersalah dibetulkan.

1 comment:

  1. congrates hadha..siap featured lagi ye..best best :)

    tp kt the star tu kata baby 2nd hadha dh 4bulan ekekekeke..salah petik info la tu

    ReplyDelete

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!