Lately saya memang kelaparan di tengah-tengah malam. So, tadi masa ‘melantak’ hehe .. saya pun borak-borak dengan boyfriend saya
HUBBY : Abang baca kat dalam Readers’ Digest. Kat Jepun, ada satu tempat nama Okinawa. Tempat tu rata-rata orang berumur 100 tahun dan ke atas. Berbanding dengan kat satu area lagi. (actually hubby ada bagi figure tapi saya lupa.. hihi)
SAYA : Macam mana diorang buat bang?
HUBBY : Diorang jaga makan.
So, hubby pun ceritalah pasal lifestyle penduduk kat Okinawa tu based on his readings tu. Very impressive! Kalaulah kita semua boleh go for truely natural macam tu, kan? Tapi, saya tambah lagi.
SAYA : Tapi bang, lebih baik kita ni panjang umur dan tak nyanyuk.
HUBBY : Betul. Kalau nak macam tu kena rajin membaca dan berfikir. Kena banyak guna otak. Tengok macam Mbah Minah (nenek sedara hubby kat Singapore), dia rajin buat sudoku dan kraftangan. Tengok macam Adib (adik ipar hubby dari Melbourne/ Singapore – Math’s genius), setiap masa otak dia berfikir.
So, lepas ‘melantak’, terus insaf nak jaga makan.. hehe.. dah kenyang baru sedar diri ekk hadha? Saya mengandung ke lapar je ni .. kekeke! (tak mungkin sebab saya period macam biasa ok last month. simptom ni dah start lepas period tu lagi). Saya browse pasal kisah panjang umur penduduk Okinawa ni dan here you are .. BACA!
Penduduk dunia yang paling tua ditemui berada di pulau Okinawa Jepun. Di Okinawa, 28.6 per 100,000 penduduknya berusia melebihi 100 tahun, berbanding 8.9 di Japan dan 3.0 di USA. Bukan sahaja mereka ini aktif secara fizikal pada umur 90′an, mereka juga berfikiran positif serta tekun. Sila tonton video pendek CNN mengenai gaya hidup penduduk di pulau Okinawa disini.
Apakah rahsia mereka? Banyak kajian telah dilakukan, dan boleh diringkaskan seperti berikut:
- Diet rendah gula, lemak dan garam - lihat piramid pemakanan mereka:The Okinawa Diet
- Banyak Bersenam – kebanyakan mereka adalah 90′an dan masih berlari, menari atau memanjat pokok untuk memetik buah. Bersenam adalah untuk berlibur (enjoy) ditambah pula ia dilakukan dalam kumpulan. Ini termasuk senaman mental – untuk mengekalkan otak sentiasa aktif.
- Tidak merokok– amat berbeza dengan orang Jepun yang biasa.
- Moderate atau sedikit alkohol- tetapi banyak minum teh hijau.
- Pengurusan stres yang baik - komuniti yang akrab/rapat memberikan sokongan psikologi interaktif dan kepercayaan yang meningkatkan perasaan optimis yang kuat serta kelihatan positif. Terdapat banyak aktiviti mental dan setiapnya dikaitkan dengan tujuan kehidupan.
- Capaian kepada rawatan perubatan/pergigian yang baik- kerap melakukan pemeriksaan kesihatan.
- Mendapatkan tidur malam yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam.
Dengan amalan di atas, di Okinawa, amat jarang penduduknya dijangkiti penyakit kanser, sakit jantung dan Alzheimer. Sungguh menakjubkan.
Rujukan : Diet Penduduk Okinawa – Panjang Umur & Sihat « KinoKatsu
Impressive! I loike! Simple je tapi memang tak ramai yang mampu buat 7 rahsia tu kan? So, mommies cangguncam semua.. marilah kita sama-sama jaga kesihatan dan banyakkan berfikir (^_^)
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!