Minat & Perniagaan Oleh Irfan Khairi


Minat & Perniagaan Oleh Irfan Khairi


Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up/putus asa. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari! Penyelidikan mengatakan bahawa, lebih dalam ilmu seseorang itu dalam sesuatu bidang, lebih tinggi pendapatannya!
Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat...
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan... tetapi, keputusan akan tetap sama kerana perniagaan industri lain juga bukan minat kita!
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh... seperti melepaskan batuk ditangga. Bila tidak bersungguh-sungguh, maka, pulangan yang datang kepada kita juga tidak bersungguh-sungguh!
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelak akan gagal...
Jika dipantau kisah-kisah kejayaan dan juga membaca biografi mereka yang berjaya, semuanya melakukan apa yang mereka minat sebagai perniagaan. Adakah anda mempunyai minat yang boleh dijadikan perniagaan? Apakah minat anda?
Jadi, adakah perniagaan yang kita lakukan kini kita benar2 minat... ataupun tak minat? ;)

CINTA ITU … (hah! sila sambung ye?) Red heart








0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!