JOM AJAR BABY MENABUNG DENGAN TABUNG COMEL ICHA INI! (^_^)


Masih saya ingat lagi, sebelum berkahwin dengan hubby, kami berdua mempunyai satu persamaan yang tersembunyi ~ suka collect duit syiling! Best sangat! Hubby masa bujang-bujang dulu, dia simpan seeemua duit syiling dia dalam stokin sampai berat giler! Saya pulak, simpan duit syiling saya dalam satu pouch khas. Bila ada kelapangan, kami berdua suka susun-susun duit syiling tu dan ralit mengira.. lepas tu sibuk bergayut kat telefon cerita pasal hasil collection masing-masing.

BEST SANGAT TAU!

Lepas dah officially husband and wife, kami teruskan amalan murni ni bersama-sama. Kali ni dah ada tabung. Tabung KFC. Hehe. Sampai berat giler tabung tu jadinya.. sampai dah takde muzik! Asal balik kerja aje, saya kutip semua duit syiling hubby dan masuk dalam tabung. Saya punya pun tauu.. saya nampak aje duit syiling bersepah-sepah, ataupun duit kertas keronyok-keronyok bersepah (walaupun RM10), saya masuk dalam tabung. Hubby yang ajar sebenarnya.

Now ni, kami teruskan amalan murni ni pada Icha pulak. Collection yang lama dah masuk buat buka akaun Tabung Haji kami bertiga. Hehe. So, sekarang ni kami dah ada collection baru. Kali ni, semua kami simpan untuk Icha. Icha ada 3 tabung tau ~ tabung KFC, tabung CIMB, dan tabung Bangungan TH.

tabung-tabung-icha

Dan .. baru-baru ni, Icha dah tambah lagi dua tabung baru.
Taraaa!!!

tabung-icha

Hehe.. tabung kucing dan juga tabung puppy! Comey kan? Winking smileMeh tengok macam mana tabung-tabung comey ni berfungsi.

Comel aje kucing tu ambik duit syiling tu :)

Hehe.. tengok sampai habis. Icha dah pandai dah …

So, di sini saya nak buat satu announcement istimewa buat kawan-kawan pengunjung dan pembaca setia blog www.yoursupermom.com yang berminat mahu mendapatkan mana-mana tabung comel ni, untuk dihadiahkan kepada anak-anak anda sebagai galakan awal menabung.

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!