Semua orang nak sihat, tapi apa agaknya definasi sihat tu sebenarnya? So, entry kalini saya sediakan satu checklist untuk anda semua gunakan k?
Sebelum tu, jom check adakah anda mengalami mana-mana simptom di bawah?
- • Kurang tenaga/ letih/ lesu/ penat
- • Berat badan berlebihan
- • Selalu pening
- • Gusi berdarah
- • Mudah calar
- • Mengantuk
- • Gugup
- • Selsema
- • Selalu mengambil painkiller
- • Nafas berbau
- • Sakit2 sengal badan
- • Sakit bahu
- • Sembelit
- • Rambut gugur
Kalau ada lebih daripada 3 simptom di atas, berhati-hatilah, dan terus buat jadual untuk pastikan anda follow tips yang saya nak share ni.
MAKANAN
- - amalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap hari. CUBA untuk memasak sendiri makanan anda walau sesibuk mana anda dengan tugasan luar. Lagipun, bagi yang berumahtangga, air tangan isteri ni lah yang menambah rasa cinta dalam rumahtangga (walaupun tak sedap!)
- - kurangkan GARAM dan GULA. Anda tidak mahu mati muda kerana darah tinggi dan kencing manis kan?
- - kurangkan makan fast-food dan processed-food.
- - banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk sumber serat dan vitamin kepada tubuh. Pakar pemakanan mencadangkan kita harus makan sayur/buah dengan 5 warna berlainan dalam sehari.
AIR
- - minum air bersih tidak kurang 3 liter sehari.
- - rajin mandi, seboleh-bolehnya mandi awal pagi ye ..
SENAMAN
- - senaman sangat penting untuk menguatkan otot badan, memberi mood yang baik melalui rembesan hormon endorfin yang terhasil semasa bersenam, menghasilkan kulit yang cantik dan glowy, menjadikan otak lebih cerdas dan semestinya badan lebih cergas dan bertenaga.
- - bagi surirumah macam saya, anda boleh buat senaman ringkas bersama bayi dan anak-anak di rumah (tahu tak senaman Up, Up, Up and Away tu?) ; tolak stroller di taman rekereasi (i like!) ; atau sekurang-kurangnya kerja-kerja rumah yang anda buat tu pun dapat bakar kalori sikit-sikit.
- - bagi working mommies, antara yang disyorkan ialah dengan mengelakkan menggunakan lif semasa di office ; parking kereta jauh dari ofis ; buat senaman ringkas di meja kerja (yang ni saya rasa setiap company dah sediakan poster untuk kegunaan pekerja) ; window shopping ; dan kalau banyak masa, boleh signup kelas aerobic, kick boxing atau swimming bersama rakan ofis (saya buat tau masa kerja dulu sebab tu saya cadangkan)
SUPLEMEN
- - dalam dunia masakini, tak lengkap rasanya program kesihatan tanpa pengambilan suplemen. Setuju? Anda tak perlu fokus pada SHAKLEE sebab saya tahu anda juga makan segala jenis collagen di pasaran demi nak kurangkan kedut dan hasilkan kulit yang mulus gebu. Atau mungkin suplemen nak betulkan hormon macam MONO-P yang saya selalu tengok kat TV ni.
- - amalkan suplemen asas pun okey. Sekurang-kurangnya pengambilan multivitamin sebiji sehari. Kita tak pasti apa yang kurang dalam tubuh badan kita, setakat makan multivitamin sebiji sehari tu apalah salahnya? At least, badan sihat kita nak perform sebagai isteri dan ibu pun senang.
STRESS
- - kawal stress. Anda tahu tak apabila anda stress, sistem badan anda juga turut stress? Jantung berdegup lebih kencang, kadar asid dalam perut meningkat, otak jadi kurang berfungsi dan sebagainya. Lama-kelamaan anda akan diserang penyakit degupan jantung tak sekata, gaskrik, pelupa .. dan macam-macam.
- - oh ye! Antara tips kawal stress - elakkan terlalu masuk campur sesuatu perkara yang bukan bidang/ hal kita ; belajar berkata TIDAK/ NO dan nyatakan TERIMA KASIH ; marah? minum air masak cepat-cepat ; beristighfar ; dekatkan diri dengan ALLAH sebab semua masalah ni ALLAH yang bagi pada kita, kalau tak larat nak hadapi, beritahu pada DIA ; kongsi dengan pasangan/ teman yang boleh dipercayai
- - sentiasa fikir diri anda adalah yang terbaik antara yang semua yang terbaik. Bukankah konsep ini yang cikgu terapkan dalam minda kita semasa bersekolah dulu? Kenapa bila dah dewasa asyik mengaku kalah?
ELAKKAN
- - merokok
- - alkohol
- - kaffein yang berlebihan
- - marah-marah tak tantu pasal
- - berdengki/ busuk hati
- - negatif
So, itu dia 6 panduan gaya hidup sihat yang dapat saya share kalini. Semoga bermanfaat dan diamalkan sepenuhnya inshaALLAH. Untuk pesanan produk Shaklee, boleh hubungi saya macam biasa di 0192939886 (Puan Hadha)
lots of love,
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!