Alhamdulillah. Genap 9 bulan usia Icha pada hari Selasa lepas
(040111). Dah besar anak dara saya ni. Memang tak muat la kalau nak masuk perut
semula :)
Dah lama juga tak update perkembangan Icha kan? Saya pun sampai tak tahu nak cerita apa sebab every two weeks (average),
memang ada aje skills baru Icha. Alhamdulillah. Semangat anak saya ni! Badan
semangat! Minda semangat!
Macam biasa, meh layan gambar Icha yang comel ni...
Aksi Icha, new skills updated |
Latest, Icha dan pandai memanjat. Dulu-dulu kan saya kata Icha
takmo berdiri, jenuh la saya nyanyi " tatih sebulan lagi.. Tatih sebulan
lagi ..". Icha
gelak-gelak aje kat saya sambil angkat-angkat kaki. Bukan sebab kaki dia tak
kuat, sebab dia taknak.
Oh ye! Icha pandai berdiri dan memanjat dulu baru pandai
merangkak. Icha dah start merangkak sejak hujung minggu yang lepas. (Khamis
lepas). Alhamdulillah. Kira complete juga cycle Icha walaupun tak follow aturan
biasa.
Suka sangat 'mengemas'. Bila saya lipat kain cantik-cantik, muka
Icha macam gerammm jer tengok kainbaju tu tersusun rapi, lantas
ditarik-tariknya. Kalau saya susun buku dan fail cantik-cantik, dia pun tolong
kemas. Haha! Yang bestnya, lepas
kemas Icha blah macam tu je. Kerja Icha dah siap mak :p
Suka menyanyi dan bergoyang-goyang. Tak payah ada muzik pun
takpe, Icha pandai nyanyi sendiri. Kalau ada muzik apatah lagi! Kalau saya dan
hubby goyang sama.. Wah! Lagila Icha gumbira.
Kecenderungan untuk bersosial semakin ketara. Kawan-kawan rapat
saya sure tahu betapa payahnya saya nak handle biz dan Icha at the same time,
pada siang hari. Saya memang kena kerja waktu malam, dan siang just buat simple
tasks - balas email, call customer, pos order, buat order, layan Fb. Malam baru
la nak packing ke, update blog ke, membaca beriya-iya, blogwalking etc. Icha
memang tak suka bersendirian. Nasib baik la jiran sebelah ni ada budak-budak,
kadang-kadang saya tengok Icha dok bersembang dengan jiran sebelah rumah saya
ni ...
Suka main air! Weeee ~ kalau mandi tu (masih mandi air hangat),
habislah dapur basah sebab Icha dok splash air mandi dalam bath tub dia.
Kuat makan! Alhamdulillah .. Icha memang menyenangkan.
Makin montel walaupun makin tinggi.
Suka berebut laptop dengan saya .. Hisy! Ada ke patut saya nak
guna laptop, dipanjat-panjatnya saya dan ditepis-tepis tangan saya? Dia ambil
alih laptop tu pastu.. Gaya Icha memang sebijik gaya saya guna laptop!
Selain laptop, Icha dah pandai guna hp. Pernah sekali
di'call'nya customer saya. Kebetulan, memang member tu nak buat order.. Hehehe..
Rezeki kita kan Icha? :D dannn.. Icha pandai tangkap gambar/ video then dia mms
kat babah dia (sbb nama babah atas sekali dalam Contact kot) ~
Icha siang memang kurang tidur .. Adalah dalam 2 jam je... Tapi,
malam dia tidur awal dalam pukul 11 pm dan bangun dalam 7 am. Ih ih ih .. Tak macam
jadual tidur baby pun?
Masih kuat menyusu ... Malah, macam jadual dia time dalam
pantang which is 2, 3 jam sekali wajib nenen. Yang syoknya, lately.. Bila Icha
menyusu sebelah, mesti sebelah B lagi menitis-nitis susu. Ya ALLAH.. Saya rasa
sejak Icha masuk 8 bulan baru dapat experience balik benda ni tauu.. Best!
Of course makin cun! Saya minat betullla fesyen rambut Icha --
PENDEK MELEKAT. Kemas aje .. Hihi
Meh layan video Icha menyanyi dengan mak
dia (^_^)
lots of love,
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!