Jalan-jalan Melbourne : Antibodi Tinggi Dengan VItamin Shaklee

Alhamdulillah. Sudah hampir 9 bulan saya bersama Shaklee. Memang mengagumkan terutama dari aspek kesihatan saya dan Icha.

Terkini saya nak share, pengalaman baru balik bercuti di Melbourne. Perubahan cuaca dan suhu yang dialami oleh kami tiga keluarga menyebabkan 9 daripada 13 orang yang join the trip demam-demam, bermula daripada hari terakhir di sana, membawa kepada hampir seminggu di Malaysia (setelah pulang)

Cuba teka siapa yang tak demam?

Saya, hubby, Icha dan ibu saudara hubby.

Rahsianya? Pastilah Shaklee. Sebelum berangkat, saya memastikan kami sekeluarga (saya, hubby dan Icha) telah mendapat perlindungan secukupnya. Segelas Nutriferon dibancuh untuk minuman saya dan hubby. Pillbox Shaklee penuh saya isi dengan B Complex, Vitamin C, Vitalea, Zinc Complex, Alfalfa dan Ostematrix. Saya 'extra'kan B Complex dan Vitamin C sebab kedua-dua vitamin wajib.

Ibu mertua ada bertanya sebab risau pillbox saya kena tahan dengan imigresen, tapi saya buat tak tahu sebab saya tahu vitamin bukan bahan larangan (just kena declare je). Mujurlah, bekalan vitamin saya sangat membantu, malah mak sendiri tumpang makan bekalan vitamin saya sebab dia dah mula demam. Hehe. Nasib baik saya bawak extra, kalau tak mesti tak cukup vitamin-vitamin tu.

Setiba di Malaysia, cuma saya, hubby dan Icha aje yang steady. Yang lain semua dah sohseh-sohseh. Itupun hubby dah ada tanda-tanda demam (sebab masa kat Melbourne saya sorang yang konsisten makan vitamin ~ benefits Icha sekaligus!). Balik ke Teluk Intan, mak ada tanya samada kami semua sihat, kata hubby cuma saya dan Icha aje yang masih sihat. Kata emak, mereka semua kurang sihat. Hubby sendiri dah start batuk-batuk.

Yang penting, kena konsisten makan vitamin. Saya sangat bersyukur sebab Icha tak pernah demam teruk-teruk lebih daripada sehari setakat ni. Demam pun tak meragam. Antibodi Icha sekuat lengannya yang berulas-ulas tu. Saya pula terakhir demam masa bulan Ramadhan baru ni sebab main habuk di stor. Lepas tu, saya tak pernah demam.

So, jangan ngelat makan vitamin ye kawan-kawan. Bukan saja untuk sihat dan bertenaga, tapi untuk awet muda. Tudung saya mahal-mahal, so vitamin saya pun kenalah mahal-mahal juga kan? ;)

notes: ibu saudara hubby ada bawa bekalan ubat sendiri, so masa baru nak demam tu dia dah makan ubat, sebab tu tak jadi demam.

lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!