Azam 2011 ~ Saya mahu semakin jelita di usia 30-an ini

meh share azam tahun baru sama-sama. yezza .. ini azam wajib bagi setiap wanita ok? so, ini antara langkah-langkah yang saya akan pastikan saya buat untuk jadi semakin jelita (hello! cantik tu subjektif kan? so, wajib yakin yang diri masing-masing cantik tau .. ai cantik, yu pun cantik juga, tapi ai memang suka enteprem lelebey .. jangan mara aa .. )

gilo apo intro cenggitu? :p

PERTAMA

saya harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. wajibkan sarapan pagi. wajib makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan. okey? saya nak tanya, apa beza sayur dengan buah? both bagi vitamin. betul. but sayur lebih kaya dengan serat berbanding buah. sebab tu pakar pemakanan tak kata makan buah aje, or sayur aje.. then, makanan kena ada 5 warna. ni saya tak ingat nape. maybe korang boleh search dan explain semula kot? :p

other than that, kena make sure makanan tu mengandungi karbo, protein, mineral semua. dan, cuba kawal diri daripada makan makanan berlemak, berMSG, minum minuman ringan, bergas, berkafein .. kawal. inshaALLAH.

KEDUA

saya harus konsisten amalkan rutin harian penjagaan kulit wajah yakni membersih, menyegar dan melembab. dah tua-tua ni, kulit wajah dah tend to menghasilkan garisan-garisan penuaan. keanjalan kulit pun dah berkurangan. guna produk apa? buat masa ni saya gunakan rangkaian Brighten daripada NutriMetics, cuma tukar toner aje since muka saya start berminyak masa umur Icha 6 bulan. err..bagus gak berminyak ni, lambat nampak tua hihi! tapi memang kena rajin jaga.. akhir-akhir ni jerawat datang tiap kali nak period ~ macam time anak data dulu pulak.

seminggu sekali, saya buat facial sendiri di rumah, lengkap dengan pemakaian masker dan skrub. skrub dua kali seminggu sebab kulit muka saya berminyak sekarang. banyak blackheads dah .. and inshaALLAH, saya akan back to routine untuk buat facial kat salun sebulan sekali memandangkan Icha dah start pandai berdikari ni.

KETIGA

pakai sunblock bila keluar rumah. in fact, pelembab Brighten ni ada sunscreen dah. ok kot.

KEEMPAT

riadhah atau senaman. senaman ni bukan pada mereka yang nak kuruskan badan aje tau .. utk yg kurus macam saya pun kena bersenam supaya muscle terbina dan terjaga. bersenam juga membantu rembesan hormon endorfin yang membuatkan kita berada dalam mood yang baik selalu. jangan lupa minum air banyak untuk membantu pembuangan toksin semasa bersenam. badan sihat, minda cerdas.

KELIMA

minum air. ni wajib since saya memang bf mommy. air mampu melambatkan proses penuaan dan kekeringan kulit wajah dan tubuh badan. air juga penting utk proses penghadaman dan perkumuhan.

KEENAM

konsisten makan suplemen. yes! i loike this one ~ nak makan vitamin apa? vitalea, b complex, vitamin c, vitamin e, ostematrix, ESP, zinc, alfalfa, gla complex, lecithin, omega guard, carotomax .. byk? boleh email saya kalau nak tahu jadual pemakanan yang banyak-banyak ni :)

KETUJUH

elak mekap tebal-tebal. tapi kalau dah terpaksa, make sure sebelum tidur muka tu dah cuci bersih sebersih-bersihnya dan jangan lupa apply toner dan pelembab, serta kalau boleh pelembab tu bersifat anti-aging.

KELAPAN

tidur yang cukup dan berkualiti.

kalau korang nak tambah lagi, sila tinggalkan komen ye? sharing is caring :)

lots of love,

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!