Alhamdulillah .. Tahun 2011 bermula dengan tenang dan gembira.
Syukur.
Malam ni pun saya agak free. Sambil-sambil layan cerekarama ni,
sempat juga melawat blog kawan-kawan. Icha tidur. Harap icha tidur lama lah
malam ni yea .. Saya nak packing trial pack kejap lagi. Untuk stok januari.
Hadiah vitamin c saya belum buat cabutan lagi tau.. Sabar ye. Isnin saya update
(saja je ..)
So, sedang ber'blogwalking', seronok pulak baca beberapa blog yang
cerita pasal domain, hosting dsb. Ermm.. Kak cery pun dah ada domain sendiri - www.mamafaiz.com congrats!
Kenapa saya nak domain sendiri? Actually, saya takdelah guna step
yang canggih-canggih pun, just tukar nama blog kepada satu nama yang lebih presentable,
simple dan unforgettable .. Juga global. Malah, setting untuk
google apps ni pun banyak saya tak buat lagi. Tak berapa nak reti. Hehe.
Ada beberapa sebab saya beli domain .com tu ..
Pertama : raaamai
sangat customer yang dok ulang tanya "Hadha, apa alamat blog Hadha? Lupa
la.." , " dah bookmarked tapi setting pc hilang .. Cari-cari tak
jumpa pulak." dsb. Saya tak nafikan, memang payah nak ingat pun - adhatine2.
Then, takde keyword specific. The phase? Keluar tang
lain pulak..
Kedua : nampak
professional dan cantik, serta kemas. Betul tak? Instead of
adhatine2.blogspot.com, lebih baik lagi www.yoursupermom.com
kan? :)
Ketiga : murah
je pun .. Usd10 setahun.
So far, ni antara alasan awal saya tukar kepada www.yoursupermom.com . Suka sangat! Sebab saya try google guna
keyword 'yoursupermom' memang sampai ke blog ni. Alhamdulillah. So, senang la
saya bagitau orang nama blog saya. Nak guna nama sendiri, confirm korang salah
eja kalau tak biasa dengan saya hehe.
Tapi, saya tak kata wajib tukar kalau nak mudahkan orang cari.
Macam sifu saya, kak n, dah bertahun guna platform blogspot - korang google je
guna keyword addinnasa, better you better world,
anakkuwiraku - tetap dapat cari. Cuma dari pembacaan saya, ada
domain dan hosting sendiri ni sebenarnya memang ada kelebihan.
Tepuk dada tanya selera (kali ni saya suruh tanya selera) ~ saya
tengah fikir nak makeover sendiri atau nak upah orang? :)
Lots of love,
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!